Penunggang motosikal maut, rempuh jengkaut

Masa Membaca:57 Saat

AYER MOLEK 10 Mac – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah jengkaut di Lebuh Alor Gajah – Melaka – Jasin (AMJ) berhampiran Paya Dalam di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 1.35 pagi itu, V Ruvendran, 29 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Kandang menghala ke Merlimau.

Katanya, setiba di lokasi kejadian motosikal ditunggang mangsa dipercayai merempuh bahagian belakang jengkaut dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun.

“Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh di lorong kanan jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan patah kaki kiri sebelum disahoan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

“Kenderaan yang terlibat dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan kenderaan.

“Dalam pada itu polis sedang mengesan mana-mana saksi yang melihat kejadian bagi membantu siasatan dan siasatan kes diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1869
Kongsi :
Previous post Bayi dicampak dari kondominium: Polis rakam keterangan dua individu
Next post Ramadan: JAIM kenal pasti lebih 10 lokasi tumpuan “geng plastik hitam”
Ubah saiz-+=