Penuntut IPT bersyukur dibenar pulang beraya

Masa Membaca:1 Minit, 50 Saat

AYER KEROH 29 April. – ‘Perasaan sebak itu ada, saya rasa kalau tidak boleh balik tahun ini saya sudah tidak hendak beraya sebab ia sudah tidak bermakna lagi buat saya.”

Itu luahan penuntut Kolej Komuniti Kota Melaka, Nur Aina Nasuha Noorzaidi, 19, yang tahun lalu tidak dapat pulang beraya di rumahnya di Kampung Bukit Pulai Condong, Kelantan.

Ditanya mengenai perasaannya, Nur Aina beryukur apabila kerajaan hari ini membenarkan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) untuk pulang ke kampung bermula 7 hingga 12 Mei ini.

NUR Aina Nasuha… bersyukur kerajaan membenarkan penuntut IPT pulang ke kampung.

“Bagi saya memang patut kerajaan benarkan pelajar IPT balik ke kampung apatah bagi saya di sini tiada sesiapa dan keluarga pula jauh.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac 2020 hingga PKP 2.0 saya tidak balik jumpa emak, Nor Zainilah Abdullah, 51, di kampung. Memang sedih bila mengenangkan emak juga beraya seorang diri di sana,” katanya kepada MHI.

Sementara itu, Nur Aisyah Syafiqah Suhaimi, 17, berkata, dia bersyukur dan tidak sabar untuk pulang ke rumahnya di Yong Peng, Johor bertemu dengan keluarga.

“Alhamdulillah boleh beli baju raya sama warna dengan keluarga, tidak perlulah saya beraya di kampus.

“Kalau tidak boleh rentas negeri mesti sedih sangat, persediaan raya mungkin hanya dengan kawan-kawan di kampus dan raya dari bilik ke bilik saja,” katanya yang juga anak bongsu dari empat beradik.

Nur Aisyah adalah pelajar bagi Program Tahfis Bestari di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Katanya, dia masih belum membeli pakaian untuk menyambut hari raya kerana menunggu keputusan sama ada dibenarkan pulang atau tidak.

Sementara itu, Muhammad Alif Wafiy Abd Rahman, 18, dari Selangor memilih untuk tidak balik ke kampung kerana bimbang risiko jangkitan COVID-19.

“Kalau boleh balik perasan biasa-biasa saja, ada kemungkinan fikir hendak balik itu rasa lebih baik duduk di kampus.

“Saya anak bongsu dari empat beradik, keluarga okay saja jika saya tidak balik kampung. Kita beraya selama ini dengan keluarga, jadi apa salahnya tahun ini tidak beraya sama.

“Jika raya di kampus pernah juga terfikir hendak pergi beraya di rumah kawan-kawan di Melaka,” katanya yang juga pelajar Program Tahfis Bestari di KUIM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

558
Kongsi :
Previous post Pelajar IPT dibenar pulang ke rumah sempena Aidilfitri kecuali Sarawak
Next post 10,000 juadah berbuka percuma untuk masyarakat Masjid Tanah
Ubah saiz-+=