Penuntut universiti hilang di Pantai Cherating ditemukan lemas
KUANTAN, 8 Jan – Seorang pelajar universiti awam yang dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Cherating di sini semalam, ditemukan lemas pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mayat Adam Ridhuan Abdul Rejab, 18, ditemukan dalam keadaan tertiarap oleh sepasang suami isteri yang sedang beriadah di pantai itu pada pukul 7 pagi, kira-kira 8.6 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Beliau dalam kenyataan di sini berkata mayat telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat, dan ahli keluarga pelajar itu yang tiba di hospital berkenaan telah mengesahkan identiti mangsa.
Pelajar yang berasal dari Sri Kembangan, Selangor itu dilaporkan hilang sekitar 1.45 tengah hari semalam, semasa menyertai permainan membuat bulatan di dalam air kira-kira 300 meter dari pantai, apabila dia dilihat dibawa arus ke kawasan yang lebih dalam sebelum hilang dari pandangan.
Arwah dikatakan ke pantai itu bersama 19 lagi rakannya untuk berkelah dan berehat.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
10,000 UMAT ISLAM MERIAHKAN MELAKA BERSELAWAT
KLEBANG 30 Ogos - Lebih 10,000 umat Islam hadir menghidupkan Majlis Melaka Berselawat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka...
BUSANA UNIK TARUHAN MPHTJ PERTAHAN KEJUARAAN PERBARISAN
KLEBANG 29 Ogos - Penampilan unik menerusi busana dan elemen hiasan berbeza menjadi taruhan kontinjen Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PRODUK, WARISAN MELAKA ‘MENYERLAH’ DI KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Dari sajian asam pedas hingga produk usahawan dan warisan budaya, Melaka berjaya 'membawa keluar' pesona...
TOK RAUF BAWA SINAR BAHARU BUAT PEWARIS ROTI CANAI 20 TAHUN
SERKAM 29 Ogos - Lebih 20 tahun meneruskan legasi keluarga dalam menghasilkan roti canai, Awang Mohd Afeendy Abu Samah, 52,...
KING KING ‘BELAJAR’ DUDUK DALAM KOTAK SEBELUM PULANG KE ZOO MELAKA
AYER KEROH 29 Ogos - Membawa pulang Harimau Malaya jantan atau namanya King King seberat 171 kilogram (kg) memerlukan proses...
PERSEMBAHAN HARI KEBANGSAAN TERBAIK UNTUK RAKYAT MELAKA
KLEBANG 29 Ogos - Rakyat Melaka dihidangan dengan pelbagai aktiviti menyuburkan semangat patriotisme, cintakan negara dan kerohanian yang terbaik sepanjang...
