Perkenal konsep baharu, pastikan kecekapan penjawat awam – SUK

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

SERI NEGERI 10 Mac – Kerajaan negeri memperkenalkan konsep ‘RESPONSIVE’ yang meliputi 10 nilai utama bagi memastikan kecekapan perkhidmatan awam pada setiap pemegang taruh dilaksanakan dengan sebaiknya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari berkata, semua penjawat awam perlu menjajar semula fungsi organisasi bagi memastikan kebolehlaksanaan perkhidmatan supaya memanfaatkan seluruh masyarakat di negeri Melaka.

“Konsep ini meliputi R-Revolutionary, E- Economic, S- Strategic Thinking, P- Partnership, O- Output, N- Neutral, S- Systematic, I- Integrity, V- Visionary dan E- Efficient dan Effective.

“Dengan adanya konsep ini penjawat awam perlu mempersiapkan diri dengan meningkatkan pembelajaran untuk menambah ilmu pengetahuan yang lebih mendalam.

SEBAHAGIAN tetamu yang hadir sempena Majlis Bicara Eksekutif Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Memacu Kecekapan Pentadbiran Awam Negeri Melaka Tahun 2022. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Selagi kita duduk di kerusi yang kita ada sekarang, kalau kita boleh berkhidmat dan memberi perkhidmatan dengan baik, laksanakanlah sebaik mungkin… jangan sombong atau ego dengan kedudukan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bicara Eksekutif Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka ‘Memacu Kecekapan Pentadbiran Awam Negeri Melaka Tahun 2022’ di Auditorium Seri Negeri di sini, hari ini.

Hadir sama Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Abd Aziz Engan dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh.

Dalam pada itu, Zaidi turut mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa peka dan dapat mengamalkan peraturan serta arahan yang masih berkuatkuasa untuk menghadapi cabaran atau situasi genting.

“Saya harap ketua jabatan atau penjawat awam dapat melipatgandakan usaha bagi memperkukuh integriti dan tadbir urus organisasi agar terus menempa kejayaan baharu tahun 2022,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1267
Kongsi :
Previous post Peranan PPP penting pastikan rakyat dapat perkhidmatan kesihatan terbaik
Next post KKMM bina lebih banyak pencawang telefon selular di Johor – Annuar
Ubah saiz-+=