Perkhidmatan kaunseling dalam Malaysia kurang memuaskan

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

DURIAN TUNGGAL 12 Jun – Perkhidmatan kaunseling untuk membantu bagi menangani isu gejala sosial dalam masyarakat disifatkan masih kurang memuaskan dalam negara ini.

Pakar Psikiatri Universiti Islam Malaysia (USIM), Dr Khadijah Hasanah Abang Abdullah berkata, ia masih berada di tahap rendah berikutan terdapat kekangan bagi masyarakat untuk mendapatkan perhidmatan itu.

Jelasnya, biarpun masih terdapat perkhidmatan berkenaan diberikan di peringkat masyarakat bagaimanapun ia memerlukan caj perkhidmatan yang tinggi menyebabkan ramai yang membatalkan hasrat bagi mendapatkan pemulihan mental.

“Perkhidmatan kaunseling di Malaysia masih kurang memuaskan dan ia memerlukan lebih ‘accessibility’ selain di sekolah kalau kita nak dapatkan perkhidmatan di luar ia memerlukan bayaran setimpal dan ini mengganggu juga terhadap fasa seseorang itu dalam proses untuk dapatkan rawatan.

“Di negara ini mempunyai perkhidmatan insurans tapi kebanyakannya tidak mempunyai perlindungan dalam isu keselamatan mental dan ini mesti kita perhalusi di mana pihak insurans perlu peka dengan situasi ini untuk memudahkan seseroang mendapatkan bantuan kesihatan mental ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan forum dalam Seminar Seminar Isu Sosial Masyarakat 2022 diadakan di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini hari ini.

Sekitar Seminar Isu Sosial Masyarakat 2022 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata, perlhidmatan kaunseling dalam negara ini perlu dipertingkatkan selain ditawarkan di peringkat sekolah dan universiti agar rakyat mampu mengakses perkhidmatan yang lebih berkualiti.

“Kita mengambil contoh dari negara luar selain di sekolah dan universiti mereka perbanyakkan lagi di kawasan lain seperti di pusat membeli belah, mereka ada membukanya di kawasan seperti ini agar orang ramai yang memerlukan seseorang untuk diluahkan perasaannya dan mampu untuk memberi ksedaran mental.

“Malah pendekatan dalam platform internet juga perlu diperkasa kerana ada juga seseorang yang sukar untuk bertemu dengan kaunselor akibat kekangan dan ini mampu memudahkan mereka mendapatkan proses rawatan di samping keadaan kosnya yang lebih murah dan mampu milik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1425
Kongsi :
Previous post Semua pihak terlibat tangani isu sosial anak-anak
Next post Sistem kad pengenalan ikut sektor atasi masalah pemindahan pekerja
Ubah saiz-+=