Sorting by

×

PERKHIDMATAN ‘MELAKA RIVER CRUISE’ DI JETI MELAKA SENTRAL TIDAK LAMA LAGI

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

DUYONG 26 Disember – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merancang untuk memulakan operasi Melaka River Cruise (MRC) dari Jeti Melaka Sentral dalam jangka masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, inisiatif itu bagi merealisasikan hasrat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mahu memeriahkan kawasan tersebut selain menjadi pengangkutan alternatif.

“Harga tiket di Jeti Melaka Sentral ini bermula RM10, saya yakin usaha ini bukan sahaja meningkatkan jumlah pengunjung tetapi memberi pengalaman lebih menarik kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Disember 2025 PPSPM di Ruang Galeri Pejabat PPSPM, Dataran Pengkalan Rama, di sini, pada Rabu.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pembangunan Operasi (JPO) PPSPM Salman Salim dan Pengarah Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Korporat (JPPK) PPSPM Khairunissa Ibno Massoda.

Shaharul Azuar, turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga kerja PPSPM atas komitmen dan semangat kerja yang ditunjukkan.

“Pencapaian tahun 2025 merupakan hasil kerja berpasukan, komitmen tinggi serta disiplin warga kerja di semua peringkat, walaupun tahun ini penuh dengan cabaran.

“Saya berharap kejayaan dan data pencapaian tahun ini menjadi penanda aras bagi perancangan operasi, latihan dan penambahbaikan untuk tahun 2026 agar PPSPM terus melakar kejayaan lebih gemilang pada masa hadapan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

983
Kongsi :
Previous post LPM DEVELOPMENT, PERTAM BANGUNKAN RUMAH TERES 2 TINGKAT DI BUKIT KATIL
Next post GURU WANITA RUGI LEBIH RM140,000 DITIPU LELAKI MENYAMAR PEGAWAI NSRC