PERKIMA santuni golongan memerlukan di TAKH

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 8 April – Kira-kira 50 penduduk Taman Ayer Keroh Height (TAKH) yang memerlukan mendapat perhatian Pertubuhan Kebajikan Amal Insan Negeri Melaka (PERKIMA) yang tampil menghulurkan bantuan.

Pada program dijayakan dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Ayer Keroh Height itu PERKIMA mengagihakan kit bantuan makanan dan wang tunai kepada penerima.

Pengerusi Program yang juga Setiausaha PERKIMA, Wan Hamdan Wan Ahmad berkata sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

“Program ringkas ini bertujuan berkongsi rezeki menjelang Syawal bersama individu memerlukan khususnya asnaf, warga emas, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

“PERKIMA sentiasa peka dan cakna dengan nasib mereka memerlukan dan diharapkan dengan sumbangan ini dapat memberi sedikit sinar dalam membuat persiapan raya yang tak lama lagi,” katanya.

WhatsApp Image 2023-04-08 at 4.05.05 PM

ANTARA penerima dan wakil PERKIMA serta KRT TAKH yang hadir pada Program Penyerahan Amal Kebajikan Sempena Ramadan Dan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023/ 1444H di Balai Raya Taman Ayer Keroh Height

Dia berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas ditemui pada Program Penyerahan Amal Kebajikan Sempena Ramadan Dan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023/ 1444H di Balai Raya Taman Ayer Keroh Height, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee dan Pengerusi KRT Taman Ayer Keroh Height Roslan Yaacob

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4008
Kongsi :
Previous post Alhamdulillah dapat beraya dengan bergaya tahun ini’
Next post Wartawan masih barisan hadapan pelapor maklumat
Ubah saiz-+=