Perluaskan pertandingan pengucapan awam di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

AYER LIMAU 20 Oktober – Kerajaan negeri mencadangkan penganjuran program atau pertandingan membabitkan pengucapan awam termasuk debat dan pidato perlu diperluaskan di negeri ini bagi memberi peluang anak muda mengasah bakat mereka.

Speaker Dewan Undagan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum berkata, penglibatan pelajar dalam pertandingan seperti itu sekurangnya mampu membawa suara anak muda diketengahkan dengan penghujahan idea yang bernas bagi mendokong pimpinan kerajaan.

Beliau berkata, semua pihak termasuk agensi dan jabatan negeri mahupun persekutuan perlu berganding bahu memperluaskan penganjuran itu agar hasrat untuk mendedahkan pelajar yang berkeyakinan tinggi dalam pengucapan awam diperkasa di negeri ini.

“Kalau boleh program yang baik seperti ini perlu diteruskan kerana saya amat setuju apabila penglibatan ini mampu mengasah bakat anak-anak pelajar yang terpendam.

“Seperti penganjuran kali ini kita lihat banyak pihak berganding bahu termasuk Jabatan Penerangan Negeri (JaPen), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Melaka, Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah bekerjasama dengan Dun Ayer Limau untuk memperkasakan perkara ini.

“Anak-anak perlu terlibat dalam penganjuran seperti ini kerana mereka memang berperanan dan perlu didedahkan dengan perkara-perkara berkaitan kenegaraan lebih-lebih lagi mereka ini adalah bakal-bakal pengundi baharu 18 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Cambah Minda: Pertandingan Debat dan Pidato Kenegaraan Dun Ayer Limau di Dewan Tan Sri Dr. Abu Seman, Paya Rumput, Masjid Tanah di sini hari ini.

Hadir sama, Adun Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, Adun Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin, Adun Kuala Linggi, Rosli Abdullah, Pengarah JaPen Melaka, Shahrom Ravin Daram Abdullah serta tetamu lain.

Terdahulu dalam pertandingan diadakan membabitkan dua kategori iaitu debat dan pidato julung kali diadakan itu telah disertai oleh pelajar Tingkatan Enam membabitkan tiga buah Sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China, SMK Sultan Alauddin dan SMK Ghaffar Baba.

Dalam penganjuran itu kali ini, SMK Alauddin dinobatkan juara bagi kedua kategori pertandingan menerima anugerah trofi, sijil dan wang tunai disampaikan Ibrahim selepas perasmian penutupannya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1627
Kongsi :
Previous post Agong seru calon, penyokong parti politik berhemah sepanjang tempoh kempen PRU15
Next post Bekalan telur ayam: KPDNHEP jamin mencukupi, tiada kegiatan sorok
Ubah saiz-+=