
Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat adalah percuma: LHDN
KUALA LUMPUR 8 Feb. – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima aduan mengenai adanya pihak tertentu yang mengenakan bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Menurut LHDN dalam kenyataan hari ini, permohonan BPR adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pemohon.
LHDN menegaskan bahawa mereka tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memberikan khidmat pengisian borang BPR itu dan setiap permohonan yang diterima secara dalam talian mahupun borang kertas, disemak mengikut prosedur ditetapkan serta tiada keistimewaan diberikan.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan permohonan BPR, orang ramai boleh menghubungi talian Hotline BPR LHDN Malaysia 1-800-88-2747; HASiL Live Chat; dan mengisi Borang Maklum Balas dalam portal rasmi LHDNM https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
Views:
Related


Berita Lain
HEBAT: PERZIM TERIMA PERMOHONAN BAIK PULIH RUMAH TRADISIONAL, BANGUNAN WARISAN
SERI NEGERI 5 Februari - Membaik pulih rumah tradisional dan bangunan warisan antara cadangan yang diterima Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
HEBAT: MPHTJ TERIMA LEBIH 20 ISU LIBAT TAMAN PERUMAHAN
SERI NEGERI 5 Februari - Lebih 20 aduan diterima Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada Program Hari Majlis Mesyuarat...
HEBAT: ISU KEBERSIHAN, LESEN PERNIAGAAN PALING BANYAK DITERIMA MBMB
SERI NEGERI 5 Februari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang membuka kaunter aduan pada Program Hari Majlis Mesyuarat Kerajaan...
SEMINAR MARITIM PERBETUL NARATIF SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA
DUYONG 5 Februari - Seminar Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka Dalam Dunia Maritim yang diadakan di Auditorium Muzium Hang Tuah Center...
HEBAT: CAKNA PERMASALAHAN RAKYAT SECARA MENYELURUH
SERI NEGERI 5 Februari - Pendekatan Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) Siri 1/2026 menjadi...
MENARA TAMING SARI LEBIH SELAMAT, SELESA
SERI NEGERI 5 Februari - Menara Taming Sari terus komited memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung menerusi kerja naik taraf fasiliti...
