Sorting by

×

HEBAT: ISU KEBERSIHAN, LESEN PERNIAGAAN PALING BANYAK DITERIMA MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 5 Februari – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang membuka kaunter aduan pada Program Hari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bersama Rakyat (HEBAT) Melaka siri 1/ 2026, di Kompleks Seri Negeri, di sini, semalam mendapat sambutan menggalakkan daripada orang awam.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, kaunter MBMB pada HEBAT menerima aduan daripada orang ramai membabitkan pelbagai isu seperti taman perumahan, perlesenan, perniagaan dan kebersihan.

Katanya, sebahagian aduan mampu diselesaikan secara terus dan bakinya memerlukan tindakan lanjut kerana melibatkan pelbagai agensi lain.

“MBMB menerima lebih 10 aduan pada HEBAT yang melibatkan sekitar kawasan pentadbiran MBMB. Kami cakna akan semua aduan yang diberikan rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar yang hadir,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada program berkenaan.

Mengulas lanjut, Shadan berkata MBMB sendiri akan berusaha untuk menyelaras setiap aduan sebaik mungkin bersama agensi terlibat untuk memastikan isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan dengan berkesan.

“Pengurangan orang awam hadir ke HEBAT pada siri pertama tahun 2026 ini tidak bermaksud bahawa MBMB tiada isu membabitkan rakyat, namun kebanyakan rakyat telah menyalurkan isu mereka hadapi ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

“Pada saya HEBAT merupakan medan untuk masyarakat berjumpa dengan secara terus kepada pemimpin dan menyuarakan isu mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

586
Kongsi :
Previous post SEMINAR MARITIM PERBETUL NARATIF SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA
Next post HEBAT: MPHTJ TERIMA LEBIH 20 ISU LIBAT TAMAN PERUMAHAN