
Perpisahan tidak direlakan motif bunuh
BEMBAN 22 Feb – Tidak rela berpisah dipercayai motif seorang lelaki bertindak menikam teman wanitanya dalam kejadian di Jalan Pegaga, Taman Merdeka pada 19 Feb lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, lelaki terbabit yang menikam diri sendiri dalam kejadian sama dipercayai tidak berpuas hati dengan keputusan wanita terbabit untuk berpisah.
“Motif kejadian itu disebabkan perpisahan yang tidak direlakan, maknanya teman lelaki tidak berpuas apabila mangsa minta untuk berpisah.
“Walau bagaimanapun, kita masih juga tengok daripada beberapa sudut lain untuk lengkapkan siasatan. Setakat ini hasil siasatan awal mendapati tiada penglibatan pihak lain, hanya melibatkan mangsa dan teman lelakinya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Balai Polis Bemban di sini yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Razali Abu Samah dan Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan.
Terdahulu, Melaka Hari Ini melaporkan polis menemukan lebih empat kesan tikaman pada badan mayat wanita berusia 22 tahun pada badan mayat wanita yang dipercayai dibunuh teman lelakinya berusia 33 tahun sebelum membunuh diri dalam kejadian kira-kira jam 5 petang 19 Feb lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR DUN ASAHAN TERIMA 154 ADUAN, 600 PERMOHONAN RAKYAT
ASAHAN 4 April – Sebanyak 154 aduan dan lebih 600 permohonan diterima dalam program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
ASAHAN MAMPU JADI MODEL KAMPUNG SEJAHTERA
ASAHAN 4 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan mampu menjadi modek Kampung Sejahtera di Negeri Melaka, kata Ketua Menteri...
PENDUDUK ASAHAN NIKMATI PELBAGAI LIMPAHAN NIKMAT DALAM 3 TAHUN
ASAHAN 4 April - Dalam tempoh tiga tahun ini, penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan telah mendapat pelbagai nikmat pembangunan...
WAJAH BAHARU WRUR 2026 BUKA TIRAI DI ALOR GAJAH
ASAHAN 4 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang diberi nafas baharu pada tahun 2026 ini membuka tirainya...
MELAKA TIDAK LAKSANA BEKERJA DARI RUMAH
ASAHAN 4 April - Kerajaan Melaka mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan dasar bekerja dari rumah membabitkan penjawat awam negeri. Ketua...
PAMERAN WANG LAMA HIMPUN KOLEKSI UNIK
BANDA HILIR 4 April – Pameran Wang Lama dan Setem menghimpunkan lapan pengumpul mata wang lama sekali gus mendidik masyarakat...
