PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA TERAP ELEMEN ISLAMIK – KM

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

REMBIA 7 September – Elemen Islamik antara elemen dan pengisian yang akan diketengahkan pada penganjuran Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024 bermula 13 hingga 15 September ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata elemen keagamaan dan kerohanian itu mewarnai acara berkenaan bersempena sambutan Maulidur Rasul 1446 Hijrah.

Jelas Ketua Menteri, sepanjang tiga hari pesta itu berlangsung pelbagai aktiviti dan program akan diadakan khas untuk rakyat serta pelancong yang hadir.

“Antara pengisian program yang akan diadakan adalah Melaka Fun Ride, Fun Walk @Tanjung Bidara, pameran aset tentera, Kenduri Rakyat, Festival Seni Pasir dan pelbagai lagi.

“Bersempena sambutan Maulidur Rasul  akan diadakan Tanjung Bidara Berselawat, di mana kita juga bawakan khas Ustaz Amran Bollywood dan kumpulan nasyid Raihan.

“Orang ramai dijemput beramai-ramai memeriahkan Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024 dalam usaha merancakkan lagi sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Jamuan Teh Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2024 di Dataran Keris, di sini, hari ini.

Fb Img 1725711520131

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, pelbagai hadiah menarik juga boleh dimenangi  pengunjung pada pesta berkenaan.

“Kita menyasarkan lebih 30,000 pengunjung akan membanjiri pesta tersebut selama tiga hari ia berlangsung,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2182
Kongsi :
Previous post PEJABAT KASTAM ZON PERINDUSTRIAN BEBAS BERUSIA 25 TAHUN DIBAIK PULIH
Next post 129,200 DIJANGKA MERIAHKAN HSN 2024 MELAKA
Ubah saiz-+=