
Petugas media ‘berkampung’ di Istana Negara
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Istana Negara kembali menjadi tumpuan petugas media pagi ini berikutan Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyembah maklum peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri, lapor BH Online.
Biarpun Perdana Menteri dijangka menghadap Seri Paduka pada jam 11 pagi, lebih 30 petugas media pelbagai agensi dikatakan mula berkumpul di Pintu Istana Negara bermula 8 pagi tadi.
Ketika ini Perdana Menteri berada di pejabatnya di Putrajaya dan dijadual mengadakan mesyuarat khas Kabinet pada jam 10 pagi.
Difahamkan Presiden BERSATU itu akan membuat pengumuman khas berkenaan kedudukannya sebagai Perdana Menteri selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilapor berkata, Muhyiddin memaklumkan akan menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri hari ini.
Katanya, keputusan dibuat selepas mesyuarat Ahli Parlimen daripada BERSATU dengan Muhyiddin di Publika, di sini, semalam.
Menurutnya, hasrat Muhyiddin untuk meletakkan jawatan itu adalah jalan terakhir diambil berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan susulan kemelut politik ketika ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SEORANG WANITA MAUT, DUA PEMANDU CEDERA DALAM KEMALANGAN DI MIRI
SIBU 22 Mac - Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat...
CUACA PANAS: ELAK PEMBAKARAN TERBUKA
PAYA RUMPUT 22 Mac - Orang ramai di negeri ini diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia merupakan satu...
25,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 22 Mac - Kira-kira 25,000 pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput di...
KONTRAKTOR RUGI LEBIH RM300,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
TEMERLOH 22 Mac - Seorang kontraktor kerugian RM356,342 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan melalui laman sesawang...
DUA LELAKI DITAHAN CUBA CURI KABEL DI JAM BESAR
SUNGAI PETANI 22 Mac - Dua lelaki ditahan selepas dipercayai cuba mencuri kabel berhampiran Dataran Jam Besar di sini, petang...
DARIPADA RASA INGIN TAHU, ‘YB SEM’ BERJAYA PUASA LEBIH 20 HARI
MACHAP JAYA 22 Mac — Tanpa latar belakang agama Islam, beliau memilih untuk bangun sahur, menahan lapar dan dahaga, bukan...

