
Petugas media ‘berkampung’ di Istana Negara
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Istana Negara kembali menjadi tumpuan petugas media pagi ini berikutan Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyembah maklum peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri, lapor BH Online.
Biarpun Perdana Menteri dijangka menghadap Seri Paduka pada jam 11 pagi, lebih 30 petugas media pelbagai agensi dikatakan mula berkumpul di Pintu Istana Negara bermula 8 pagi tadi.
Ketika ini Perdana Menteri berada di pejabatnya di Putrajaya dan dijadual mengadakan mesyuarat khas Kabinet pada jam 10 pagi.
Difahamkan Presiden BERSATU itu akan membuat pengumuman khas berkenaan kedudukannya sebagai Perdana Menteri selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilapor berkata, Muhyiddin memaklumkan akan menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri hari ini.
Katanya, keputusan dibuat selepas mesyuarat Ahli Parlimen daripada BERSATU dengan Muhyiddin di Publika, di sini, semalam.
Menurutnya, hasrat Muhyiddin untuk meletakkan jawatan itu adalah jalan terakhir diambil berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan susulan kemelut politik ketika ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TOK HAMEED TURUN PADANG, NASIB TUJUH BERANAK DITIMPA MUSIBAH DIBERI PERHATIAN
AYER LIMAU 17 November โ Kejadian bumbung kediaman runtuh yang menimpa sebuah keluarga membabitkan tujuh beranak di Jalan Bilal Mamat,...
MISI 100 HARI BERMULA, AZRIL KOMITED JAYAKAN ‘TEKAD KELUARGA REMBIA’
REMBIA 17 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz memulakan tugas rasmi hari pertamanya dengan...
ISU BANJIR SERKAM: TOK MAN TURUN PADANG, TINJAU KEADAAN
SERKAM 17 November - Masalah banjir berulang di persimpangan lampu isyarat berhadapan Pondok Polis Serkam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan...
JEZLEE SEDIA DENGAR, TELITI SETIAP ADUAN RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 17 November - Pelbagai aduan penduduk Sungai Rambai yang disuarakan menerusi media sosial akan diteliti bagi mengenal pasti...
ADUAN PENDUDUK LENDU KINI DI HUJUNG JARI, WHATSAPP KHAS DIBUKA
LENDU 17 November โ Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04 Lendu kini mempunyai saluran lebih mudah dan pantas...
BELUM MASUK PEJABAT, TOK LI DAH MULA BUAT KERJA
KUALA LINGGI 17 November - Meskipun belum masuk ke pejabat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah...

