
PH belum terima sebarang panggilan Istana Melaka
BUKIT BERUANG 8 Okt – Pakatan Harapan (PH) Melaka belum menerima sebarang panggilan bagi mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Melaka.
Pengerusinya, Adly Zahari berkata, pihaknya berharap pertemuan akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi membincangkan kemelut politik, agar permasalahan itu boleh diselesaikan.
“Setakat ini tiada makluman lagi…belum ada apa-apa panggilan dari Istana Melaka.
“Jadi, bila jumpa Istana dan kalau ada ruang lain kita harap akan digunakan untuk stabilkan politik negeri ini,” katanya ketika dihubungi pemberita.
Tinjauan Melaka Hari Ini setakat jam 10 pagi tadi mendapati tiada sebarang pergerakan di pintu utama Istana Melaka.
Pada 4 Oktober lalu, PH Melaka telah menghantar surat permohonan kunjung hormat ke atas Tun Mohd Ali di istana terbabit.
Surat itu dihantar sejurus selepas sidang akhbar pada tarikh sama menyatakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan negeri telah menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada Pejabat Ketua Menteri.
Empat bekas ADUN itu adalah Datuk Seri Utama Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RM2 SEHARI TINGGAL PUASA DI MELAKA
AYER KEROH 16 Februari - Melaka mengekalkan kadar fidyah RM2 sehari bagi setiap puasa yang ditinggalkan umat Islam dan tidak...
MENARA TAMING SARI TERUSKAN TRADISI BUBUR LAMBUK
BANDA HILIR 16 Februari - Produk pelancongan ikonik Melaka, Menara Taming Sari meneruskan tradisi mengacau dan mengedar bubur lambuk kepada...
TEKAD SHERWIN PADA PARA SUKMA 2026
AYER KEROH 16 Februari - Atlet powerlifting Melaka, Sherwin Kumar, 17, nekad memperbaiki pencapaian peribadi pada Para Sukan Malaysia (Para...
KUDA PONI COMEL ZOO MELAKA BIKIN JATUH CINTA
AYER KEROH 16 Februari - Saiznya yang kecil dan comel selain kelincahannya bermain pastinya membuatkan ramai yang jatuh cinta dengan...
PPSPM IMARAH RAMADAN DENGAN PROGRAM KEROHANIAN, KEBAJIKAN
DUYONG 16 Februari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merancang pelbagai program kerohanian dan kebajikan sepanjang bulan Ramadan...
REZEKI KONSERT AMAL, DUA PENGUNJUNG MENANG MOTOSIKAL
PAYA RUMPUT 16 Februari - Bukan sahaja terhibur dengan persembahan artis, malah suami isteri ini tersenyum lebar apabila membawa pulang...
