
Piala Asia 2022: PM ucap tahniah kepada pasukan hoki lelaki kebangsaan
KUALA LUMPUR, 1 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan hoki lelaki kebangsaan yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 di Jakarta, Indonesia.
Menerusi catatan di Facebook beliau, Ismail Sabri berkata skuad hoki lelaki kebangsaan menjadi harapan negara untuk memenangi perlawanan akhir ‘Super 4’ Piala Asia 2022, malam ini.
“Kita berjaya ke perlawanan akhir setelah menewaskan Jepun 5-0 malam tadi. Malam ini kita bertemu Korea Selatan, pastinya pasukan kita mampu menunjukkan semangat jitu berdepan pencabar kita.
“Ayuh Keluarga Malaysia, sama-sama kita doakan kejayaan skuad hoki kebangsaan kita untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 40 tahun yang kita nantikan selama ini,” katanya.
Perdana Menteri turut melahirkan harapan skuad ‘Speedy Tigers’ dapat membuktikan Malaysia mampu menggegar Asia.
Semalam, Malaysia berjaya membenam Jepun 5-0 pada kejohanan Hoki Piala Asia di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, sekali gus mengesahkan slot ke final.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR KONGSI ILMU BAJA ORGANIK KEPADA PEKEBUN RIM
RIM 24 Jun - Penganjuran program pembuatan baja organik dalam kalangan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan diperluaskan dengan...
PERGADUHAN DI BEMBAN: DUA LELAKI PARAH, DUA LAGI DITAHAN
BEMBAN 23 Jun – Dua lelaki parah selepas dipercayai dipukul dalam satu kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu lelaki di tepi...
SISTEM E-TANAH 2.0: ERA BAHARU URUSAN TANAH MELAKA
AYER KEROH 23 Jun - Pentadbiran tanah Negeri Melaka bakal memasuki era baharu apabila Sistem e-Tanah 2.0 dijadual dilaksanakan sepenuhnya...
SUKAN SAWAH KEMBALIKAN NOSTALGIA DI KAMPUNG BUKIT PIATU
BUKIT KATIL 23 Jun - Gelak tawa peserta yang bergelumang lumpur, sorakan penyokong di tepi bendang dan semangat kesukanan tanpa...
WRUR: 161 PROJEK PEMBANGUNAN BERNILAI RM6.5 JUTA SEJAHTERAKAN WARGA RIM
RIM 23 Jun - Sebanyak 161 projek pembangunan termasuk naik taraf bernilai lebih RM6.5 juta telah dilaksanakan di kawasan Dewan...
WRUR RIM: MPJ TEBANG POKOK BERISIKO DEMI KESELAMATAN
RIM 23 Jun - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melaksanakan operasi kerja-kerja cantas dan tebang pokok serta semak samun yang dipercayai...
