
‘PJ Old Boys’ agih Jalur Gemilang semarakkan kemerdekaan negara
PERINGGIT 26 Ogos – Kira-kira 100 Jalur Gemilang pelbagai saiz telah diagihkan kepada orang ramai oleh kumpulan anak muda PJ (Peringgit Jaya) Old Boys, baru-baru ini.
Program Majlis Semarak Merdeka diadakan menerusi kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Peringgit Jaya bersama kumpulan belia di kawasan terbabit sekali gus mampu menyemat semangat kemerdekaan yang bakal disambut tidak lama lagi.

Wakil kumpulan PJ Old Boys Ezral Shahril Ab Malik berkata, program yang diadakan dengan mengagihkan Jalur Gemilang buat pengguna jalan raya yang melalui berdekatan Pintu Masuk Taman Peringgit Jaya mampu memberi manfaat dalam menyemai semangat patriotik dalam kalangan belia di kawasan itu.
“Program yang diadakan sempena sambutan kemerdekaan ini sekali gus memberi kesedaran belia betapa pentingnya semangat kemerdekaan itu yang harus disemat dalam membentuk jati diri mereka.
“Pengagihan bendera kepada individu secara rawak ini juga memberi satu kepentingan dalam memperkasa erti kemerdekaan dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Views:
Related


Berita Lain
PERAHU NAGA ‘GERGASI’ BAKAL PUKAU ORANG MELAKA
SERI NEGERI 13 Mac - Perahu naga terbesar sepanjang kira-kira 30.50 meter dari Shuang Rao, China bakal dipamerkan di Melaka...
57 DITANGKAP TAK PUASA DI MELAKA
BEMBAN 13 Mac – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) setakat ini merekodkan 141 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang Ramadan tahun...
BUANG SAMPAH: 85 TERMASUK REMAJA DI MELAKA BAKAL JALANI KHIDMAT MASYARAKAT
KLEBANG 13 Mac - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka telah mengenal pasti 85 individu di negeri...
TUN DR. MOHD ALI RASMI MASJID AL-HAKEEM, TEHEL
BEMBAN 13 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Masjid Al-Hakeem, Tehel sempena...
POLIS MARIN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP PATI KE MELAKA, LAPAN DITAHAN
TELOK MAS 13 Mac - Cubaan menyeludup masuk lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan laut tidak kesampaian selepas...
25,000 EKOR AYAM SEGAR MURAH UNTUK ORANG MASJID TANAH
LENDU 13 Mac - Umat Islam di semua lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah berpeluang mendapatkan ayam...
