
PKP 3.0 disambung-PM
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak akan berakhir esok seperti dijadualkan.
Menurut laporan Bernama Perdana Menteri berkata, sebaliknya fasa pertama PKP berterusan sehingga tiga indikator termasuk nilai ambang kurang dari 4,000 kes positif COVID-19 sehari.
Kerajaan juga kata Muhyiddin akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada esok atau Selasa ini.
Sekatan penuh COVID -19 Fasa 1 yang bermula 1 Jun lalu dijadual tamat esok namun kriteria sasaran untuk beralih ke fasa berikutnya masih belum dipenuhi.
Pada 15 Jun lalu, Perdana menteri sewaktu mengumumkan Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat berkata, tiga indikator ditetapkan terhadap Fasa Pertama PPN mesti dicapai sebelum beralih kepada Fasa Kedua PPN.
Indikator pertama adalah, purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes; sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana; dan 10Â peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.
Berita lanjut menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAHASISWA PERLU BERFIKIRAN BESAR, BERANI CIPTA PELUANG BAHARU – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 14 Mac - Pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi mempersiapkan anak muda kelahiran bumi bertuah ini sebagai pemimpin masa hadapan...
MeSRa: ANAK MUDA ASET MASA HADAPAN NEGERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 14 Mac - Kepimpinan Kerajaan Negeri diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sentiasa mengutamakan kecemerlangan...
BANTUAN RAMADAN PERKASA PERANAN MASJID DAN SURAU DI ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 14 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM467,000 kepada Parlimen Alor Gajah bagi diagihkan kepada 33 masjid kariah...
JUALAN MANTAI AIDILFITRI DUN AYER LIMAU TAWAR AYAM RM5 SEEKOR
AYER LIMAU 14 Mac - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berpeluang mendapatkan ayam pada harga istimewa RM5 seekor...
INISIATIF PERKASA BELIA MELAKA TERUS DIPERTINGKAT – KM
KUALA LINGGI 14 Mac - Kerajaan Negeri memberi tumpuan serius terhadap usaha memperkasa potensi anak-anak muda di negeri ini menerusi...
LEBIH 1,400 PENDUDUK DUN AYER LIMAU TERIMA SUMBANGAN CAHAYA SYAWAL
AYER LIMAU 14 Mac - Lebih 1,400 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pelbagai bentuk sumbangan sepanjang...
