
PM Anwar umum dua TPM dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan dua timbalan perdana menteri serta 28 Jemaah Menteri yang menganggotai Kabinet kerajaan perpaduan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) masing-masing dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Pengumuman barisan Kabinet di Putrajaya pada kira-kira 8.20 malam itu disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen serta platform media sosial dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Anwar, 75, turut memegang portfolio Menteri Kewangan.
Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Nov lepas.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR KESIDANG PERKENAL ANUGERAH 100 TERBAIK, NYALAKAN SEMANGAT 1,200 PELAJAR
KESIDANG 7 Jun – Seramai 1,200 pelajar daripada 12 sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang menerima pengiktirafan menerusi penganjuran...
MELAKA BAKAL MILIKI HOSPITAL BAHARU DI HANG TUAH JAYA
PENGKALAN BATU 7 Jun - Melaka bakal memiliki sebuah hospital awam baharu bernilai RM875 juta yang akan dibangunkan di kawasan...
SEMINGGU BERSAMA RAKYAT, 57 PROGRAM WARNAI WRUR KESIDANG
KESIDANG 7 Jun – Sebanyak 57 program berskala besar akan dilaksanakan sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan...
PELAYARAN LARUT MALAM MELAKA RIVER CRUISE TARIK 2,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 7 Jun – Melaka River Cruise terus menjadi antara produk pelancongan tumpuan sempena Melaka Bila Larut Malam apabila...
MENARA TAMING SARI PECAH REKOD PENGUNJUNG BILA LARUT MALAM
BANDA HILIR 7 Jun – Menara Taming Sari terus menjadi antara tarikan utama pelancong apabila menerima sambutan luar biasa sempena...
SEJARAH MELAKA JADI TUMPUAN DI MUZIUM SAMUDERA
BANDA HILIR 7 Jun - Muzium Samudera di Melaka terus menjadi tumpuan pengunjung apabila ramai mengambil peluang menikmati pengalaman bersejarah...
