
PM berbuka puasa bersama Ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara
PUTRAJAYA, 10 April- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Seri Perdana di sini.
Majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu itu turut disertai Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain Menteri-Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen kerajaan, turut hadir Ahli Parlimen pembangkang seperti Lim Kit Siang, Anthony Loke Siew Fook, Mohamad Sabu dan Teresa Kok.
Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Sebahagian besar tetamu yang hadir sebelum itu menghadiri taklimat Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Puspanitapuri, Presint 10 berhampiran Seri Perdana.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran 31 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Raudhatul Al-Faeez, Gombak Selangor dan Ismail Sabri meluangkan masa beramah mesra dengan mereka.
Beliau kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.
Seri Perdana, yang dibina pada 1997, merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MIHF’25 PERKASA EKONOMI, ANGKAT MELAKA SEBAGAI HAB HALAL SERANTAU
AYER KEROH 18 Oktober - Penganjuran Melaka International Halal Festival 2025 (MIHF’25) menjadi platform penting menghimpunkan gagasan dan aspirasi ke...
WRUR: PUTUS BEKALAN AIR, BANJIR, RUMAH ROSAK ANTARA ADUAN WARGA KLEBANG
KLEBANG 18 Oktober – Masalah banjir, rumah rosak dan terputus bekalan air antara aduan disuarakan penduduk pada Hari Aduan Rakyat...
WRUR: ANAK BUKIT RAMBAI BINTANG MASA DEPAN OLAHRAGA NEGARA
KLEBANG 18 Oktober - Siapa sangka, sekolah terletak di kawasan luar bandar yang jarang disebut-sebut atau diberi perhatian kini sedang...
BANTUAN DEEPAVALI: MELAKA PASTIKAN TIADA YANG TERCICIR
BANDA HILIR 18 Oktober – Sambutan Pesta Deepavali 2025 bukan sekadar meraikan cahaya kemenangan, bahkan menjadi simbol perpaduan dan semangat...
WRUR: KLEBANG TERIMA PELBAGAI PROJEK BERMANFAAT UNTUK RAKYAT
KLEBANG 18 Oktober - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) terbukti menjadi antara inisiatif yang membawa limpahan manfaat besar dalam...
BAZAR DEEPAVALI SEMARAK EKONOMI KOMUNITI INDIA, SIMBOL PERPADUAN – KM
BANDA HILIR 18 Oktober - Pembukaan Bazar Deepavali sempena Pesta Deepavali selama dua minggu dengan penyertaan lebih 40 usahawan tempatan...