
PM berbuka puasa bersama Ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara
PUTRAJAYA, 10 April- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Seri Perdana di sini.
Majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu itu turut disertai Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain Menteri-Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen kerajaan, turut hadir Ahli Parlimen pembangkang seperti Lim Kit Siang, Anthony Loke Siew Fook, Mohamad Sabu dan Teresa Kok.
Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Sebahagian besar tetamu yang hadir sebelum itu menghadiri taklimat Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Puspanitapuri, Presint 10 berhampiran Seri Perdana.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran 31 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Raudhatul Al-Faeez, Gombak Selangor dan Ismail Sabri meluangkan masa beramah mesra dengan mereka.
Beliau kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.
Seri Perdana, yang dibina pada 1997, merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
14 HARI SETIA TEMANI SUAMI BERKEMPEN, ERNIE SIMPAN KENANGAN PALING MANIS
SERI NEGERI 18 November - Dua minggu turun padang menemani suami mendekati pengundi menjadi pengalaman manis buat Datin Ernie Aidilia...
‘SAYA TIDAK PILIH BULU, SEMUA PENDUDUK TABOH NANING SAYA BANTU’
SERI NEGERI 18 November - Tidak membezakan fahaman politik atau latar belakang dalam menyalurkan bantuan menjadi prinsip yang terus dipegang...
PENAT CUCI RUMAH, PERABOT ROSAK, PENDUDUK HARAP BANJIR BERULANG DINOKTAHKAN
SUNGAI UDANG 18 November – Sofa, kabinet televisyen dan almari terpaksa dibuang selepas rosak ditenggelami air meninggalkan pengalaman pahit buat...
WARUNG JADI ‘PEJABAT TERBUKA’ ADUN LENDU DEKATI RAKYAT SAMBIL BERSARAPAN
LENDU 18 November - Bersarapan di warung bukan sekadar rutin mengisi perut, sebaliknya menjadi pendekatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)...
SALIRAN TERSUMBAT, ISU KOLAM TAKUNGAN ANTARA PUNCA BANJIR KILAT SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 17 November - Permasalahan berkaitan sistem saliran dan penyelenggaraan kolam takungan dikenal pasti sebagai antara faktor menyumbang kepada...
TOK HAMEED TURUN PADANG, NASIB TUJUH BERANAK DITIMPA MUSIBAH DIBERI PERHATIAN
AYER LIMAU 17 November – Kejadian bumbung kediaman runtuh yang menimpa sebuah keluarga membabitkan tujuh beranak di Jalan Bilal Mamat,...
