
PM buat laporan polis akaun Telegram, signal digodam – Pejabat Perdana Menteri
KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan akaun peribadi Telegram dan Signal miliknya digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan akaun itu dipercayai digunakan bagi aktiviti jenayah penipuan dan meminta individu yang menerima mesej daripada akaun tersebut untuk mengabaikannya serta membuat laporan kepada pihak berkuasa.
“Individu yang menerima mesej daripada akaun ini diminta mengabaikannya kerana ia adalah mesej palsu daripada individu yang menyamar sebagai Perdana Menteri.
“Individu yang telah menjadi mangsa penipuan kewangan dan lain-lain, hendaklah melaporkannya segera kepada PDRM dan SKMM bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan itu.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KRT KRUBONG HEIGHTS FASA 1 ‘HIDUPKAN’ TRADISI MARHABAN RUMAH KE RUMAH
PAYA RUMPUT 6 April - Program Marhaban Syawal anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Krubong Heights Fasa 1 berjaya mengeratkan...
ZOO MELAKA BILA LARUT MALAM MEMANG BERBALOI
AYER KEROH 6 April - Night Safari Zoo Melaka bersempena inisiatif Melaka Bila Larut Malam disifatkan sebagai tawaran yang sangat...
WRUR ASAHAN BELA KEBAJIKAN 113 KELUARGA MEMERLUKAN
ASAHAN 6 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal menyantuni seramai 113 keluarga...
PBT MELAKA PERHEBAT AGENDA PELANCONGAN 2026
BANDA HILIR 6 April - Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini memberi tumpuan kepada aspek naik taraf...
WRUR ASAHAN: MAIM SANTUNI, BANTU CANTIKKAN RUMAH ASNAF
ASAHAN 7 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) terus mempergiat usaha kebajikan dengan membantu...
‘JAMUAN AIDILFITRI MACHAP JAYA MERIAH MACAM BERAYA DI KAMPUNG’
MACHAP JAYA 6 April - Persekitaran Felda Hutan Percha yang masih kaya dengan ciri-ciri kampung tradisional selain pelita yang menyinari...
