
Merlimau Berpeluh Edisi Merdeka tampil kelainan
MERLIMAU 9 Ogos – Penganjuran program sihat ‘Merlimau Berpeluh’ sempena bulan kemerdekaan pada 21 Ogos ini akan menampilkan kelainan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sebelum ini program dianjurkan secara bulanan itu mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk sekitar Merlimau.
Katanya, bagi edisi 21 Ogos ini peserta akan berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang, sekali gus menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan.
Beliau yang juga Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri berkata, larian sejauh lima kilometer itu kekal menggunakan laluan sama.
“Kita janjikan Merlimau Berpeluh Edisi Merdeka ini akan menarik minat lebih ramai peserta berbanding penganjuran pada bulan lain.
“Dianggarkan 500 peserta semua peringat umur, daripada kanak-kanak hingga warga emas akan mengambil bahagian nanti.
“Tujuan program ini pastinya untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Melaka khususnya warga Merlimau untuk jadi lebih sihat,” katanya.
Dr Muhamad Akmal berkata, pelbagai aktiviti sihat lain direncanakan sepanjang bulan kemerdekaan ini, bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan rakyat Melaka.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SUMBANG KIT MAKANAN BANTU ASNAF PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 21 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus menzahirkan keprihatinan kepada golongan asnaf dan golongan kurang bernasib...
MITC HOTEL MERIAHKAN AKSI FINAL PIALA DUNIA, TAWAR PENGALAMAN EKSKLUSIF
AYER KEROH 21 Julai - MITC Hotel Melaka mencipta suasana istimewa apabila menganjurkan program Siaran Langsung Perlawanan Akhir Piala Dunia...
DARI LESONG BATU KE PENTAS NASYID NEGARA, SOFWATUL ITTIHAD HARUMKAN NAMA MELAKA
MACHAP JAYA 21 Julai - Penantian selama tiga tahun akhirnya berbaloi apabila kumpulan nasyid Sofwatul Ittihad dari Sekolah Kebangsaan (SK)...
BLOK BAHARU MMC SIAP 2028, BUKA PELUANG PEKERJAAN BAHARU
BANDA HILIR 21 Julai - Pembinaan blok hospital baharu setinggi 10 tingkat Mahkota Medical Centre (MMC) dijangka siap pada 2028,...
PELANCONGAN KESIHATAN MELAKA TERIMA 339,398 PENGUNJUNG SETAKAT JUN
BANDA HILIR 21 Julai - Seramai 339,398 pengunjung luar direkodkan menerusi sektor pelancongan kesihatan di negeri ini bagi tempoh Januari...
KEJATUHAN RUPIAH TIDAK JEJASKAN KEMASUKAN PELANCONG INDONESIA KE MELAKA
BANDA HILIR 21 Julai - Kemerosotan nilai Rupiah Indonesia tidak menjejaskan kemasukan pelancong kesihatan dari negara itu ke Melaka. Ketua...
