
PM Ismail Sabri ucap selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2022
KUALA LUMPUR, 1 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2022, yang disambut hari ini.
Menerusi catatan di Facebook beliau berkata Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bukan sahaja mercu tanda kejayaan negara, tetapi merupakan wilayah yang indah, unik dengan kepelbagaian serta menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.
“Malah pada hari ini juga genap usia Kuala Lumpur yang ke-50 diisytiharkan sebagai bandar raya pertama di Malaysia.
“Semarakkan rasa cinta dan sayang seluruh Keluarga Malaysia di Wilayah Persekutuan dan di seluruh Malaysia amnya, dalam melangkah ke hadapan ke arah negara maju dan sejahtera!” katanya.
Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Feb setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan dan tahun ini merupakan sambutan kali ke-18, sejak ia diperkenalkan pada 2004.
Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1974, manakala Labuan pada 1984 dan Putrajaya pada 2001.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...
‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Guru atau cikgu, amat dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
MELAKA TAK LOKEK DEMI MEMPERKASA SEKTOR PENDIDIKAN
TANJUNG BIDARA 15 Mei - Akses pendidikan untuk anak Melaka bermula dari tadika, sekolah rendah dan menengah, seterusnya menara grading...
NALURI JURURAWAT MEMANG SENTIASA MAHU MEMBANTU
LENDU 16 Mei - Menerima penghargaan disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, dianggap sebagai penyuntik...
SEPETANG WARISAN SANTAI @ BANDA HILIR HIDUPKAN SUKAN RAKYAT
BANDA HILIR 15 Mei - Kawasan Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional...
MINDEF TINGKAT PERUNTUKAN WBL ATM KEPADA HAMPIR RM10 JUTA, SASAR 1,500 ANGGOTA
SUNGAI UDANG 15 Mei – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperluaskan pelaksanaan Program Work-Based Learning (WBL) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun ini...
