
PM rakam ucapan takziah buat keluarga Kapten Mohamad Affendi
KUALA LUMPUR 17 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendy Bustamy yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 semalam.
Menerusi hantaran Facebook peribadi miliknya, Ismail berkata, beliau mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri Allah S.W.T dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.
“Innalillahi wainnailahi wajiun… Alfatihah
“Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam insiden pesawat HAWK 108 malam tadi di Butterworth.
“Saya mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama golongan yang beriman,” tulisnya dalam hantaran itu.
Dalam nahas pada jam 10.07 malam itu, Allahyarham Mohamad Affendi terkorban manakala seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Fareez Omar cedera.
Kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan Pangkalan Udara Butterworth sebelum pesawat dinaiki terhempas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KITAR SEMULA TRASH TO CASH MPAG KEMBALI SABTU INI
ALOR GAJAH 8 Julai - Program Kitar Semula Trash To Cash Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) kembali lagi pada 12...
INDUSTRY PLAYER, THINK-TANKS HIGH ALERT ON ASIA ECONOMIC CHALLENGE AND OPPORTUNITIES
BANDARAYA MELAKA, July 8 – Challenging global economic in upcoming years, 'alert' over 100 participants from both local and international...
LANANAZ TAWAR PROMOSI HARGA MURAH
AYER KEROH 8 Julai - Sempena Jualan Agro Madani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lananaz Fruit Trading menawarkan diskaun harga...
PROGRAM TVET TAHFIZ BAKAL DIPERLUASKAN
SELANDAR 8 Julai - Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menyasarkan untuk memperluaskan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahfiz...
ADTEC KAMPUS SELANDAR HIMPUN PELAJAR TVET TAHFIZ
SELANDAR 7 Julai - Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Kampus Selandar, menjadi satu-satunya institusi Pendidikan dan...
LW SUSPENSION BUKAN SEKADAR PUSAT SERVIS, BUKA DIMENSI BAHARU INDUSTRI AUTOMOTIF
PAYA RUMPUT 7 Julai - LW Suspension Sdn Bhd dengan kerjasama jenama tayar antarabangsa, Toyo Tires membuka dimensi baharu dalam...