WhatsApp Image 2021-11-11 at 12.53.39 PM

PN hanya umum calon KM selepas 20 Nov

AYER KEROH 11 Nov – Perikatan Nasional (PN) hanya akan mengumumkan calon Ketua Menteri daripada parti itu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini.

Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, fokus buat masa ini adalah bagi memastikan lebih banyak kerusi dimenangi parti itu pada PRN Melaka.

“Di peringkat PN fokus kita adalah untuk memenangi PRN Melaka dahulu dan kemudian baru kita akan bincangkan dan umumkan (calon ketua menteri).

“Saya rasa kita serahkan urusan pelantikan dan penamanaan calon Ketua Menteri di peringkat kepimpinan tertinggi dan saya rasa tak sesuai kita dekat sini untuk umumkan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Perikatan Nasional (PN) Negeri Melaka di Pejabat Bersatu Hang Tuah Jaya, di sini hari ini.

Ujarnya, PN telahpun mengadakan perbincangan sebelum ini mengenai siapa yang akan dinamakan sebagai Ketua Menteri.

“Sebenarnya perbincangan itu telah berlaku dan kita ada idea mengenai siapa yang akan dinamakan, tetapi saya rasa lebih baik sekiranya ia dibuat oleh kepimpinan tertinggi.

“Mungkin lebih sesuai kalau kita tunggu kalau sekiranya ada pengumuman yang lebih menarik…kita tinggalkan sebagai misteri dulu buat masa ini,” katanya.

Hadir sama Calon PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Kamarudin Sidek; Calon PN DUN Bemban, Dr Yadzil Yaakub dan Calon Gerakan DUN Ayer Keroh, Datuk Michael Gan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

47
254547908_10159759555457904_6583444548947436608_n Previous post Terjun dunia politik untuk perluas akses bantu masyarakat – Dr Akmal
khairy-jamaluddin-parlimen Next post KKM puas hati pematuhan SOP PRN Melaka – Khairy