Polis Melaka aktifkan kembali Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah

Masa Membaca:54 Saat

ALOR GAJAH, 5 April – Polis Melaka menggerakkan semula Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) di 253 sekolah rendah dan menengah di negeri ini susulan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka kembali dibenarkan di bawah Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Razali Abu Samah berkata kini terdapat seramai 7,402 murid dan pelajar menyertai kelab berkenaan yang bertujuan membentuk komuniti murid agar mempunyai kesedaran tinggi dalam pencegahan jenayah.

RAZALI

“Pelaksanaan inisiatif ini juga adalah di bawah Majlis Pemuafakatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama Kementerian Pendidikan (KPM) dan aktivitinya akan dikendalikan secara dalam talian semasa aktiviti kokurikulum dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada ‘Program Hari Pertama Sekolah’, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal di sini hari ini.

Katanya walaupun murid dan pelajar yang menyertai kelab berkenaan tidak mempunyai kuasa sebagaimana seorang anggota polis, namun mereka boleh menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa terutama dalam melaporkan aktiviti jenayah yang mungkin berlaku dalam kawasan sekolah.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3162
Kongsi :
Previous post Tiada siasatan baharu ke atas Dr Mahathir – Polis
Next post Bawa anak kecil ke bazar ramadan tanpa pelitup muka?
Ubah saiz-+=