Polis Melaka mohon bantu kesan remaja lelaki dan wanita China hilang

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

Melaka: Polis Melaka meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja lelaki dan wanita warga China yang dilaporkan hilang pada Ogos dan November lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, remaja lelaki terbabit, Muhammad D’niel On, 18 dilaporkan hilang ketika mereka pergi membuat kad pengenalan baharu di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah, di sini, pada 30 Ogos lalu, kira-kira jam 4.30 petang.

Katanya, susulan itu ibunya membuat laporan polis di di Balai Polis Tengkera, dekat sini, pada 8 September lalu.

“Ketika menunggu giliran untuk proses cap jari, pengadu menyedari anak lelakinya sudah tiada dan cuba mencarinya di bangunan UTC, namun gagal.

“Telefon bimbit anaknya juga tidak dapat dihubungi lagi kerana sudah rosak dan sehingga kini dia masih belum pulang.

“Pengadu turut menghubungi kawan-kawan anaknya, namun mereka juga tidak mengetahui di mana dia berada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Christopher berkata, polis turut menerima laporan daripada seorang lelaki pada 16 November lalu mengenai kehilangan isterinya, warganegara China, Wang Juan,32.

Katanya, lelaki itu melihat isterinya keluar dari rumah mereka di No 21 Jalan Kota Laksamana 3/1B, pada 13 November kira-kira jam 11.40 pagi dengan memakai baju berzip lengan pendek berwarna putih dan seluar hitam.

“Pengadu mendakwa ketika itu dia berada di bilik tidur dan melihat isterinya keluar dengan hanya membawa beg duit berserta pasport asal.

“Isterinya berambut pendek paras bahu berwarna hitam, kulit kuning langsat, badan gempal dan anggaran tinggi 158cm,” katanya.

Christopher berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kedua-dua individu terbabit boleh menghubungi Sub Inspektor, Saleeudin Abdullah di talian 016-4127147 dan Balai Polis Tengkera di talian 06-2824704 untuk membantu siasatan

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

899
Kongsi :
Previous post Bajet Melaka 2024: 70 acara utama perlu dipromosi meluas
Next post Maut dirempuh motosikal, dua kereta
Ubah saiz-+=