
Polis sahkan kes kematian di satu pusat mengundi di Muar
MUAR, 12 Mac – Polis mengesahkan satu kematian membabitkan seorang lelaki warga emas di satu pusat mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia 78 tahun itu rebah secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri di tempat kejadian sebelum kematiannya disahkan oleh pegawai perubatan yang hadir.
“Siasatan dijalankan setakat ini mendapati kematian lelaki itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan si mati telah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zaharudin berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian.
Beliau menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang isu sensitif berhubung kejadian itu di saluran media sebelum mendapat kenyataan rasmi daripada polis.
Katanya, ia bagi mengelak sebarang salah anggap dan spekulasi negatif yang boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘LEGA SUAMI KEMBALI MAMPU URUS DIRI’
AYER LIMAU 9 September - Perkembangan suaminya Sulaiman Muhammad Kassim, 60, kini mampu menguruskan diri sendiri selepas dua kali mengalami...
SISA DAPUR JADI BAJA, BERPOTENSI JANA EKONOMI KELUARGA
AYER LIMAU 10 September - Pertanian organik dilihat bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang, malah mampu menjadi alternatif kepada masyarakat...
WRUR AYER LIMAU: RESAH SETIAP KALI RIBUT PETIR BERAKHIR, PENDAWAIAN ELEKTRIK UZUR DIGANTI BAHARU
AYER LIMAU 9 September - Risau berlaku litar pintas akibat pendawaian elektrik rumah yang sudah uzur, Muhammad Adlan Hanif Mohd...
ZAKAT PERNIAGAAN RM150,000, TANDA PRIHATIN KEPADA ASNAF MELAKA
KOTA LAKSAMANA 9 September - Komitmen sektor korporat menunaikan zakat terus memberi sinar kepada golongan memerlukan apabila RM150,000 zakat perniagaan...
ZIARAH KASIH DUN AYER LIMAU TAK KIRA MUSIM
AYER LIMAU 9 September - Program ziarah kasih yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, bukan sekadar dilaksanakan...
WRUR AYER LIMAU: 80 PEMANCING SERTAI PERTANDINGAN MEMANCING UDANG GALAH SEPIT BIRU
AYER LIMAU 9 September - Seramai 80 pemancing mengambil bahagian dalam Pertandingan Memancing Udang Galah Sepit Biru bersempena Program Wakil...
