
Polis tahan seorang lelaki, rampas dadah bernilai lebih RM6 juta
SERDANG, 2 Feb – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM6.36 juta dalam serbuan di sebuah kilang di Seri Kembangan di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A. Anbalagan berkata dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 123 kilogram (kg), syabu (0.5 kg), 18 botol berisi serbuk dadah (301 gram), pil ekstasi (21 gram) dan ganja (13.8 gram) serta tiga mesin memproses dadah.
“Dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran di sekitar Lembah Klang,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini hari ini.
Beliau berkata turut dirampas wang tunai RM10,000 dan dua kenderaan disita.
Menurutnya suspek menyewa premis berkenaan di bawah nama syarikat lain bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Anbalagan berkata suspek disyaki aktif dalam penjualan dadah sejak setahun lepas selain turut memproses dadah dan menjadi ‘runner’.
Beliau berkata lelaki terbabit dipercayai memperoleh pendapatan RM10,000 hingga RM15,000 seminggu bagi 50,000 biji pil erimin yang diprosesnya.
“Polis percaya ada lagi rakan suspek yang masih bebas mengendalikan sindiket berkenaan,” katanya menambah suspek direman tujuh hari hingga esok mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK TI BUAT KEJUTAN NYANYIKAN 2 LAGU DI RUMAH TERBUKA TOK RAOP
TANJUNG BIDARA 12 April - Tetamu Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka merangkap...
TPM, KENAMAAN BESAR HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 12 April - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka merangkap...
UNIMEL DIYAKINI MAJIKAN DAN INDUSTRI, TERIMA PENARAFAN 6 BINTANG TALENTBANK
AYER KEROH 12 April - Universiti Islam Melaka terus melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan akademik, Graduate Employability Index serta anugerah...
WRUR: PENDUDUK GADEK PUJI USAHA PEMIMPIN TURUN PADANG SELESAI MASALAH RAKYAT
GADEK 12 April – Pendekatan turun padang menerusi inisiatif Hari Aduan Rakyat sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN...
SEDIAKAN LOT KUBUR SIAP DIGALI, LANCARKAN URUSAN PENGEBUMIAN JENAZAH UMAT ISLAM
TANJUNG BIDARA 12 April - Bagi menyegerakan urusan pengebumian jenazah umat Islam, semua tanah perkuburan di negeri ini tidak lama...
JKR MELAKA SIAPKAN 70 PROJEK CAKNA MADANI TAHUN INI
ASAHAN 12 April - Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka bakal menyiapkan 70 projek di bawah Program Cakna MADANI pada...
