KPDN Melaka galakkan premis makanan sertai inisiatif Menu Rahmah

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 2 Februari – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Melaka sudah mengadakan libat urus bersama wakil persatuan dan pemilik premis makanan untuk mengajak sekaligus menggalakkan mereka menyertai inisiatif Menu Rahmah.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, walaupun tiada jumlah sasaran premis yang ditetapkan untuk menyertai inisiatif ini yang sebahagian dari program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam sama-sama membantu rakyat yang memerlukan untuk menikmati hidangan lengkap pada harga mampu milik.

“Setakat ini libat urus telah daidakan antara beberapa wakil persatuan termasuklah Malaysia Retailers Association (MRA) dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia.

“Kita tiada jumlah sasaran ditetapkan (namun) ia bergantung kepada sambutan dan sokongan pengusaha kedai makan serta persatuan restoran Melaka yang akan menyertai.

“Ini kerana Menu Rahmah adalah ‘private driven initiatives’ dengan sokongan daripada KPDN,” katanya.

photo_2023-01-16_16-15-42
Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar. Foto MR Azli

Katanya, KPDN bercadangan untuk melaksanakan Program Menu Rahmah di seluruh negara dan majlis perlancaran akan diadakan secara berperingkat termasuklah juga di Melaka.

Media sebelum ini melaporkan, Menu Rahmah berharga RM5 yang bertujuan membantu golongan B40 akan ditawarkan di lebih 15,000 premis makanan di negara ini bermula Selasa.

Usaha itu selaras dengan usaha kerajaan dalam membantu golongan memerlukan selain memberi manfaat harga yang berpatutan buat golongan itu di restoran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2000
Kongsi :
Previous post Polis tahan seorang lelaki, rampas dadah bernilai lebih RM6 juta
Next post Ibu bapa tolak permainan lato-lato
Ubah saiz-+=