Potensi Melaka sebagai hab gentian kaca dunia

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 21 Jun – Melaka berpotensi untuk menjadi hab bagi pengeluaran produk gentian kaca ketiga terbesar dunia selepas China dan Mesir.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, kini dalam rangka kerja lawatan rasmi ke Shanghai, China turut singgah ke China Jushi Co Ltd, bagi meninjau operasi di kilang pengeluar gentian kaca terbesar dunia itu yang terletak di Tongxiang City, Wilayah Zhejiang.

“Kehadiran saya bersama delegasi disambut oleh Naib Presiden China Jushi Co Ltd, Bruce Cao. Dalam pertemuan ini, saya mengalu-alukan syarikat itu untuk melabur dan meluaskan operasi mereka di Negeri Melaka, sekali gus mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat.

“Saya percaya projek berimpak tinggi ini akan menjadikan Negeri Melaka sebagai Hab Industri Gentian Kaca di rantau ini dan ketiga terbesar dunia,” kata Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Mengulas lanjut Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri melalui Invest Melaka Berhad bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Melaka akan berusaha membantu China Jushi Co Ltd sebagai pemudah cara bagi syarikat itu merangka pelan operasi secara komprehensif, seterusnya menjana peluang pekerjaan dan ekonomi kepada rakyat Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

459
Kongsi :
Previous post Pengurus syarikat petroleum rugi RM3.9 juta diperdaya pelaburan mata wang kripto
Next post 5 pekerja pembersihan Melaka terima anugerah
Ubah saiz-+=