Sorting by

×

PRN Johor: Reaksi positif pengundi muda pilih BN di DUN Maharani

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

MAHARANI 12 Mac – Pemilihan Ketua Puteri UMNO Bahagian Muar, Noor Farah Samsudin sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat mampu menarik keyakinan pengundi muda memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, menerusi program dilaksanakan sepanjang lebih dua minggu membantu calon berkempen, rakyat terutama pengundi muda memberikan reaksi positif terhadap BN.

Jelasnya,sepanjang 22 bulan ketika pembangkang memerintah memberi gambaran kepada golongan itu bahawa mereka memerlukan BN mentadbir kerajaan.

“Mereka inginkan kestabilan politik yang boleh menjamin kepada kemakmuran ekonomi, sosial dan masyarakat. Itu yang saya lihat reaksi masyarakat khususnya di DUN Maharani.

“Kita lihat ada pertambahan peratusan pengundi muda melalui program dilaksanakan sebelum ini.

“Mereka jelas program yang kita jalankan ini adalah anjuran BN, malah saya lihat anak anak muda di sini begitu positif bersama dengan BN,” katanya.

ZULKIFLEE

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin berkata, kawasan DUN Maharani agak berbeza dengan DUN disandangnya di Melaka.

Zulkiflee berkata, berdasarkan pengalamannya yang aktif dalam dunia politik selama 25 tahun, beliau yakin rakyat mampu memilih secara bijaksana.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

974
Kongsi :
Previous post PRN Johor: Yakin tiga DUN di Muar, Bakri milik BN – Ab Rauf
Next post Perubahan cuaca sebabkan burung hijrah ke Tanjung Tuan merosot
Ubah saiz-+=