PRN Johor: Sibuk buat liputan tak halang wartawan MHI tunai tanggungjawab

Masa Membaca:55 Saat

SEGAMAT 12 Mac – Dalam kesibukan membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, ia tidak menghalang wartawan merangkap Pengarang Digital Melaka Hari Ini (MHI), Farah Suhaidah Othman menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Dia yang membuat liputan sejak jam 7 pagi tadi sempat keluar mengundi di Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Bukit Siput, di sini, kira-kira jam 4 petang tadi.

Farah Suhaidah berkata, sejak bergelar wartawan lebih 10 tahun, inilah pengalaman pertama baginya turun mengundi secara fizikal di pusat mengundi.

“Sebelum ini sebagai wartawan saya hanya akan mengundi melalui undi pos, jadi inilah kali pertama saya dapat merasai pengalaman mengundi di pusat mengundi, tambah-tambah lagi sewaktu turun membuat liputan.

“Walaupun sibuk sejak pagi lagi, namun saya bersyukur kerana sempat mencuri masa bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, setakat jam 4 petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 50 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab keluar mengundi.

PRN Johor kali ini menyaksikan seramai 2,539,606 2,597,742 pengundi berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih kerajaan negeri baharu mentadbir negeri itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1070
Kongsi :
Previous post PRN Johor: Proses pengundian berjalan lancar – Polis
Next post Wanita positif COVID-19 dikompaun hadir di tempat mengundi
Ubah saiz-+=