
PRN Melaka: Belum sampai 50 peratus turun mengundi setakat ini
MELAKA 20 Nov – Sudah memasuki jam 1 tengah hari, peratusan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih lagi rendah.
Menurut data Sistem Peratus Pengundi Keluar Mengundi (SPEKMu) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hanya 43 peratus pengundi daripada 476,037 rakyat Melaka sudah menunaikan tanggungjawab, setakat jam 1 tengah hari.
Untuk rekod, sebanyak 217 pusat mengundi dan 1,109 saluran telah dibuka di seluruh negeri bermula jam 8 pagi tadi.
Proses pengundian akan berakhir pada jam 5.30 petang ini dan keputusan dijangka diumumkan pada jam 10 malam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KOPERASI MELAKA DIDEDAHKAN KEPADA AI, TIKTOK SHOP MENERUSI SEMINAR E-COMMERCE
SERI NEGERI 14 Julai - Kerajaan Negeri menganjurkan Seminar E-Commerce Gerakan Koperasi Negeri Melaka Tahun 2026 yang dilaksanakan pada bulan...
WRUR MERLIMAU: MAIM UKIR SENYUMAN DI WAJAH ASNAF
MERLIMAU 14 Julai – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited membela kebajikan asnaf dan ia dizahirkan menerusi program Wakil...
GAJI GURU KAFA MELAKA ANTARA TERTINGGI DI MALAYSIA
SERI NEGERI 14 Julai – Kadar gaji minimum RM1,750 sebulan diterima guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Melaka...
RM1.25 JUTA NAIK TARAF KK BUKIT RAMBAI, TINGKATKAN KESELESAAN RAKYAT
SERI NEGERI 14 Julai - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka telah melaksanakan tiga projek naik taraf bernilai RM1.25 juta di...
MELAKA SEDIA JADI TUAN RUMAH TERBAIK SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026
SERI NEGERI 14 Julai – Melaka bakal jadi tumpuan negara apabila dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Landskap Negara...
PENDIDIKAN ALIRAN AGAMA MELAKA CEMERLANG
SERI NEGERI 14 Julai – Pencapaian pendidikan aliran agama di Melaka terus menunjukkan prestasi membanggakan apabila kesemua 10 sekolah aliran...
