
PRN Melaka: Rayu undi, buka barung tidak dibenarkan – SPR
AYER KEROH 19 Nov – Calon-calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok diingatkan agar tidak berkempen atau merayu undi di mana-mana saluran media sosial atau luar pusat mengundi, esok.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, larangan itu berikutan tempoh berkempen yang dibenarkan akan tamat pada jam 11.59 malam ini.
Selain itu, katanya, semua parti atau calon juga dilarang membuka, membina atau menyelenggara barung semasa hari mengundi.
“Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan ini akan diambil tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, beliu turut mengingatkan kepada semua pihak khususnya pengundi, calon dan petugas yang ingin memasuki pusat mengundi agar tidak memakai baju, topi atau pelitup muka yang cenderung kepada mana-mana fahaman politik.
Katanya, mana-mana pengundi yang gagal mematuhi undang-undang boleh dihalang dari memasuki pusat mengundi dan dikenakan tindakan undang-undang.
“SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya serta tidak menggugat ketenteraman awam.
“Sebarang pelanggaran undang-undang yang berkaitan boleh dikenakan tindakan,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...

