
PRN Melaka: Setakat 11 pagi, 27 peratus rakyat Melaka keluar mengundi
MELAKA 20 Nov – Setakat jam 11 pagi, 27 peratus daripada 476,037 rakyat Melaka yang layak mengundi hari ini sudah menunaikan kewajipan masing-masing, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Laporan itu dimaklumkan pasukan Sistem Peratus Pengundi Keluar Mengundi (SPEKMu) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Sebanyak 217 pusat mengundi dan 1,109 saluran telah dibuka di seluruh negeri bermula jam 8 pagi tadi.
Proses pengundian akan berakhir pada jam 5.30 petang ini dan keputusan dijangka diumumkan pada jam 10 malam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERENDAK BERSELAWAT SATUKAN 3,000 JIWA, HATI
SUNGAI UDANG 31 Julai - Alunan qasidah dan selawat bergema mengisi ruang Pavilion Kem Terendak apabila dianggarkan 3,000 umat Islam...
MAIM SANTUNI KELUARGA MANGSA NAHAS IMTIYAZ ULUL ALBAB
MASJID TANAH 30 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Skuad Agihan Zakat (SAZ) tampil menyantuni keluarga pelajar Sekolah...
EKONOMI BIRU BUKA 10,000 PELUANG PEKERJAAN UNTUK ANAK MELAKA
KUALA LINGGI 30 Julai - Projek Kuala Linggi International Port (KLIP) dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi biru negeri apabila...
PELABUHAN ANTARABANGSA KUALA LINGGI CAPAI KEMAJUAN LEBIH 10 PERATUS
KUALA LINGGI 30 Julai - Projek Kuala Linggi International Port (KLIP) terus menunjukkan perkembangan positif apabila kerja-kerja penambakan laut berjaya...
55,000 PEMILIK HARTA TERIMA EBILL MPAG
ALOR GAJAH 30 Julai - Seramai 55,000 pemilik harta di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) kini boleh menikmati...
MELAKA BUKA LALUAN KERJAYA PENERBANGAN BUAT ANAK B40
KESIDANG 30 Julai - Seramai 20 anak Melaka daripada golongan B40 menerima tajaan latihan bernilai hampir RM10 juta daripada International...
