
PRN Sarawak: GPS akan kemuka sekurang-kurangnya 20 calon muka baharu
LUNDU 10 Nov – Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menampilkan sekurang-kurangnya 20 calon muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata calon muka baharu bakal terdiri daripada golongan belia dan mereka yang berpengalaman.
Beliau berkata senarai akhir calon akan diumum oleh Ketua Menteri merangkap Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
“Saya sendiri berada di dalam parti dan saya tahu kerusi-kerusi (Dewan Undangan Negeri) mana yang akan menyaksikan perubahan.
“Sekurang-kurangnya calon muka baharu tidak kurang daripada 20 orang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ziarah belia @ Tanjung Datu 2021 hari ini.
Pada 24 Okt lepas, Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata gabungan itu akan bertanding di semua 82 kawasan PRN Sarawak.
GPS terdiri daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TIGA HOSPITAL PANEL MAMOGRAM UNTUK WANITA MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Tiga hospital swasta di negeri ini dilantik sebagai hospital panel bagi membantu golongan wanita menjalani...
WARGA MPHTJ PERKUKUH BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI
AYER KEROH 26 Mei - Warga Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diminta agar terus memperkukuhkan budaya kerja cemerlang, profesionalisme...
BELUM PUTUS ASA PERJUANG PASAR AWAM MACHAP
MACHAP JAYA 26 Mei - Pembinaan sebuah pasar awam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya akan terus diusahakan Datuk...
CUTI SEKOLAH: MACAM-MACAM PROGRAM MENARIK ADA DI MUZIUM MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menawarkan pelbagai promosi tiket, program interaktif dan aktiviti berunsur warisan budaya...
AIDILADHA: MAIM TUMBANG DUA LEMBU KORBAN UNTUK ORANG ASLI
AYER KEROH 26 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menumbangkan dua ekor lembu untuk komuniti Orang Asli di...
SUAMI ISTERI ‘HIDUPKAN’ TANAH TERBIAR DENGAN CILI KULAI
ASAHAN 26 Mei - Tapak terbiar di Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan yang sudah lama sunyi kini kembali hidup...

