PRN Sarawak: Pusat mengundi ditutup, proses kira undi bermula
Pengundian membabitkan 1,213,769 pengundi biasa daripada sejumlah 1,252,014 pemilih berdaftar pada PRN kali ini.
Sebanyak 1,866 pusat mengundi membabitkan 3,555 saluran disediakan dan bergantung kepada jumlah pengundi, beberapa pusat mengundi mulai ditutup secara berperingkat seawal 11 pagi.
Sejurus pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi dibawa ke 82 pusat penjumlahan undi dan keputusan rasmi akan diumumkan malam ini.
Pada 14 Dis lepas, sejumlah 18,141 daripada 20,360 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka manakala 17,885 lagi mengundi melalui pos.
PRN Sarawak edisi kali ini menyaksikan 13 pertandingan tiga penjuru, 33 saingan empat penjuru, 24 pertandingan lima penjuru, tujuh pertembungan enam penjuru, satu persaingan lapan penjuru dan empat satu lawan satu.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) meletakkan 82 calon diikuti Parti Bumi Kenyalang (PBK) 73, Parti Sarawak Bersatu (PSB) 70, PKR 28, DAP (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) 15, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) 11, Parti Amanah Negara (Amanah) lapan, Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) lima dan PAS (1).
Tiga puluh calon Bebas turut bertanding pada PRN itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.