Produk penyelidikan UTeM rangkul sembilan pingat CRI 2021

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

DURIAN TUNGGAL 28 Sept. – Kumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya merangkul sembilan pingat di Karnival Penyelidikan dan Inovasi 2021 (CRI 2021) yang dianjurkan secara atas talian bermula 20 hingga 21 September lalu.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Ir Dr. Ghazali Omar berkata, sembilan pingat itu meliputi lima pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa.

Katanya, kejayaan itu sekali gus membuktikan hasil penyelidikan kumpulan penyelidikan UTeM terdiri daripada pensyarah terus diiktiraf.

“UTeM menetapkan penyertaan dalam kalangan penyelidikan yang berkualiti dan memberi fokus kepada kumpulan produk inovasi yang memberikan impak kepada masyarakat.

“Ia selaras dengan konsep TUNAI iaitu Technology at University Advancing Industry and Community.

“Konsep penyertaan UTeM juga mengetengahkan produk yang dapat melonjakkan keupayaan penyelidikan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi nasional,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

CRI 2021 adalah anjuran bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Politeknik Kota Bharu.

Pada CRI 2021, lima pingat emas dimenangi UTeM menerusi tiga produk iaitu i-Bin, i-Fast dan i-Spec yang diketua Ir. Ts Dr. Anuar Mohamed Kassim dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE).

Manakala produk Oleophilic Polymer Waste Oil Hardener (OPWOH) for Waste Cooking Oil diketuai Nurul Hanim Razak dan produk Design Development of WCO Filtration Smart Box yang diketuai oleh Ts. Dr. Asriana Ibrahim dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM).

Dua pingat perak pula disumbangkan menerusi produk CNC Machine Motion Control Technique for ISO 14649 Data Interface Model diketuai Ts Dr. Kamran Latif dan produk Biodegration of Waste Cooking Oil / Organic Material / Organic Mater diketuai Dr. Mohd Hafidzal Mohd Hanafi.

Sementara itu, dua pingat gangsa diraih menerusi produk Two-Rode Fishing Bait Launcher dan produk A Multi-Platform and Low Cost-Network Attached Storage for IOT Applications.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

755
Kongsi :
Previous post Wee nafi dakwaan peraturan baru, cat biru bahagian bampar bas sekolah
Next post Kementerian Pengangkutan tidak pernah arah warga emas kembalikan lesen memandu
Ubah saiz-+=