
Promosi pelancongan Melaka gah di LRT Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR 26 Sept. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali hari ini merasmikan Program Promosi Pelancongan Negeri Melaka di Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Program julung kali diadakan bagi mempromosi pelancongan Melaka di ibu kota itu dimulakan dengan ketibaannya sekitar jam 10.50 pagi tadi.
Kunjungan rasmi kerajaan Negeri Melaka di Kuala Lumpur turut dihadiri Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ghazale Muhamad; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Pengangkutan Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri Datuk Roslan Ahmad; Pengurus Besar Tourism Melaka, Sa’ari Basiron serta tetamu lain

Program yang diadakan di ruang legar stesen LRT terbabit bertujuan mempromosi pelancongan Melaka menggunakan pendekatan ‘LRT Wrapping’ sebagai tarikan pelancongan Melaka yang dilekatkan iklan gergasi di luar dan dalam gerabak kereta api transit aliran ringan itu.
Program promosi yang berlangsung selama enam bulan telah bermula pada 15 Ogos tahun ini hingga 15 Februari 2021 dengan inisiatif yang dipasang menerusi enam gerabak bagi LRT laluan Seri Petaling Line/Ampang Line yang merentasi 30 hentian yang bermula dari Stesen LRT Putra Heights hingga ke Stesen Sentul Timur.
Views:
Related

Berita Lain
TRADISI LIMAU MANDARIN KUKUHKAN SILATURAHIM DI MASJID TANAH
LENDU 14 Februari - Sekotak limau mandarin sebagai tanda ingatan mencipta suasana penuh muhibah di Pekan Masjid Tanah. Inisiatif itu...
MELAKA PILIHAN PEMAJU HARTANAH
PAYA RUMPUT 14 Februari - Peningkatan jumlah syarikat pemaju perumahan yang bertapak di Melaka secara tidak langsung membuktikan negeri ini...
SURI RUMAH DI PAYA RUMPUT ‘DILINDUNGI’
PAYA RUMPUT 14 Februari - Suri rumah di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menjadi antara golongan yang mendapat...
MELAKA SASAR KADAR PEMILIKAN RUMAH MENINGKAT 88 PERATUS MENJELANG 2030
PAYA RUMPUT 14 Februari - Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan agenda pemilikan rumah rakyat sebagai keutamaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri...
RAKYAT PAYA RUMPUT BERSYUKUR MILIKI KERAJAAN PRIHATIN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Rata-rata rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput meluahkan rasa syukur kerana memiliki...
PAYA RUMPUT LANCAR TABUNG AMAL PENDIDIKAN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Tabung Amal Pendidikan Paya Rumput bakal diperkenalkan sebagai antara usaha memperkasa kebajikan pendidikan anak-anak di...

