
PROMOSI PRODUK PELANCONGAN MELAKA DI WTCKL
KUALA LUMPUR 14 Januari – Usaha mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pilihan percutian diteruskan menerusi Pameran Pelancongan Visit Melaka 2.0 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Menurut hantaran Facebook Tourism Melaka, pameran bermula hari ini hingga 17 Januari menampilkan pelbagai produk serta pengalaman pelancongan menarik yang dibawakan terus dari negeri bersejarah.
“Antara penyertaan utama adalah Tourism Melaka bersama rakan strategik seperti Menara Taming Sari, Melaka River Cruise serta Muzium dan Galeri Melaka yang menawarkan pelbagai pakej, promosi selain aktiviti menarik kepada pengunjung.
“Melaka turut membawa produk ikonik tempatan antaranya Dodol Fauziah Karim, Kopi Rewang, Biskut Tongkat Simpang Bekoh serta makanan Ready-To-Eat keluaran MDS Food,” kata kenyataan itu.
Selain itu pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat terkini, promosi eksklusif serta inspirasi percutian ke Melaka sepanjang pameran berlangsung.
Justeru itu, orang ramai dijemput hadir memeriahkan pameran dan merancang percutian ke Melaka pada tahun ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERUNTUK RM78.67 JUTA UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT
KLEBANG 4 Mac - Peruntukan kebajikan rakyat Melaka terus meningkat saban tahun, sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri menghulur tangan...
LEBIH 3,000 MERIAHKAN TAHUN BAHARU CINA BERKONSEP MELAKA SAYANG RAKYAT
KLEBANG 4 Mac - Lebih 3,000 masyarakat berbilang kaum memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Negeri Melaka...
PERPADUAN ASAS ‘KELUARGA BESAR MELAKA’
KLEBANG 4 Mac - Melaka terus menjadi contoh terbaik sebagai negeri yang memiliki perpaduan dan keharmonian yang utuh apabila sesebuah...
MAIM SALUR RM450,000 BANTU USAHAWAN ASNAF BERSINAR
SERKAM 3 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited dalam membantu usahawan asnaf menerusi Dana Bantuan Perniagaan berjumlah...
MPHTJ BAWA KELAINAN RAMADAN, EDAR 2,000 BUBUR KACANG, PULUT HITAM
AYER KEROH 3 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengagihkan sebanyak 2,000 bekas bubur kacang dan bubur pulut...
BAZAR DI MELAKA TIDAK HAMBAR
PAYA RUMPUT 3 Mac - Dakwaan mengaitkan jualan peniaga Bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri ini terjejas susulan sambutan hambar...
