
PROMOSI PRODUK PELANCONGAN MELAKA DI WTCKL
KUALA LUMPUR 14 Januari – Usaha mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pilihan percutian diteruskan menerusi Pameran Pelancongan Visit Melaka 2.0 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Menurut hantaran Facebook Tourism Melaka, pameran bermula hari ini hingga 17 Januari menampilkan pelbagai produk serta pengalaman pelancongan menarik yang dibawakan terus dari negeri bersejarah.
“Antara penyertaan utama adalah Tourism Melaka bersama rakan strategik seperti Menara Taming Sari, Melaka River Cruise serta Muzium dan Galeri Melaka yang menawarkan pelbagai pakej, promosi selain aktiviti menarik kepada pengunjung.
“Melaka turut membawa produk ikonik tempatan antaranya Dodol Fauziah Karim, Kopi Rewang, Biskut Tongkat Simpang Bekoh serta makanan Ready-To-Eat keluaran MDS Food,” kata kenyataan itu.
Selain itu pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat terkini, promosi eksklusif serta inspirasi percutian ke Melaka sepanjang pameran berlangsung.
Justeru itu, orang ramai dijemput hadir memeriahkan pameran dan merancang percutian ke Melaka pada tahun ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: AB RAUF TUNGGU LAPORAN SEBELUM BUAT KESIMPULAN ISU MCA
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh masih menunggu laporan berhubung tindakan kepimpinan MCA...
PRN MELAKA: TOK AJAK JANJI TERUSKAN KHIDMAT, TINGKAT KUALITI PERKHIDMATAN DI TELOK MAS
AYER KEROH 25 Oktober - Kesinambungan khidmat bakti serta penambahbaikan kualiti perkhidmatan kepada rakyat menjadi keutamaan Datuk Wira Abdul Razak...
MAHASISWA PERLU BERANI BONGKAR KEHEBATAN SEJARAH MELAYU
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Mahasiswa perlu berani meneliti, membongkar dan mendokumentasikan kehebatan sejarah Melayu bagi memastikan warisan tamadun bangsa...
PRN MELAKA: RIDHWAN TEKAD PERTAHAN AYER MOLEK SEBAGAI KUBU KUAT BN
AYER KEROH 25 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Mohd Ridhwan Mohd...
PRN MELAKA: NORAZRIL TEKAD SATUKAN PENDUDUK REMBIA SEBAGAI SATU KELUARGA
AYER KEROH 25 Oktober - Tekad menyatukan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia sebagai sebuah keluarga besar menjadi antara keutamaan...
PRN MELAKA: ZAHID INGATKAN CALON BN JANGAN BERMEGAH, ELAK PERPECAHAN JENTERA PARTI
AYER KEROH 25 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) yang diberi kepercayaan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diingatkan...
