
Pusat pelancongan swasta tunjuk minat sertai Melaka Bila Larut Malam
SERI NEGERI 9 Julai – Inisiatif Melaka Bila Larut Malam yang menawarkan kemasukan ke produk pelancongan pada harga istimewa pada Sabtu pertama setiap bulan semakin mendapat perhatian pusat pelancongan swasta.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, Kerajaan Negeri telah membuka pelawaan kepada pengusaha produk pelancongan swasta yang ada di negeri ini dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.
“Insya-Allah kita akan umum penyertaan syarikat-syarikat swasta ini dalam masa terdekat selepas mendapat pengesahan,” katanya pada sidang media Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, di sini, hari ini.
Menurut Abdul Razak, buat masa ini hanya Melaka Bila Larut Malam edisi Julai ditunda pada minggu kedua.
Manakala perancangan pada Ogos, September, November dan Disember kekal pada minggu pertama setiap bulan bermula jam 11 malam hingga 2 pagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KUM LAKSANA MANDAT KERAJAAN NEGERI, BINA ‘SHARE POOL’
AYER KEROH 7 Ogos - Koridor Utiliti Melaka (KUM) Sdn Bhd bakal memperluaskan bidang perniagaan menerusi pembangunan tiang kongsi sama...
MCORP MAHU INISIATIF DILAKSANA BERI FAEDAH, TEMPIAS KEPADA RAKYAT
AYER KEROH 7 Ogos - Perbadanan Melaka (MCORP) mahu setiap projek atau inisiatif dilaksanakan memberikan impak, faedah dan tempias kepada...
JALAN SEHALA ALTERNATIF SELESAI RUNGUTAN PENDUDUK
DURIAN TUNGGAL 7 Ogos - Pengaktifan Sistem Jalan Sehala di Pekan Durian Tunggal antara inisiatif bagi menyelesaikan rungutan penduduk dihantui...
SEKOLAH MENENGAH BAHARU DUN REMBIA DIANGKAT KE RMK13, ATASI ISU KEPADATAN PELAJAR
AYER KEROH 7 Ogos - Cadangan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) baharu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia telah diangkat...
LIGA SUPER: MELAKA FC TIDAK MEWAH BERBELANJA
SERI NEGERI 7 Ogos - Melaka FC hanya memperuntukkan bawah RM6 juta untuk perbelanjaan kelab itu bagi musim baharu Liga...
LEBIH SATU ABAD, LONG CHAN IKON PRODUK SENTIMENTAL MELAKA – KM
REMBIA 6 Ogos - Kerajaan Negeri melihat potensi produk Long Chan sebagai minuman rasmi Negeri Melaka berdasarkan kepada kehadirannya yang...