Pusat pengajian Islam swasta di Jasin terus diberi perhatian

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

MERLIMAU 7 November – Pusat pengajian Islam swasta dan madrasah yang beroperasi sekitar Parlimen Jasin akan terus diperkasa serta diberikan perhatian yang sewajarnya agar  peranannya sebagai institusi melahirkan ilmuan Muslim tidak terbantut.

Calon Barisan Nasional (BN), Parlimen Jasin, Datuk Roslan Ahmad berkata, setakat ini lebih 10 buah pusat pengajian Islam swasta beroperasi sekitar Parlimen Jasin.

Katanya, meskipun milik swasta, pusat pengembangan ilmu berkenaan sebenarnya memainkan peranan amat besar bagi dunia Islam khususnya dalam membantu kerajaan melahirkan lebih ramai ilmuan.

“Hasrat saya sekiranya diberi mandat di Jasin, madrasah, sekolah pondok atau yang sama erti akan terus diberi perhatian. Memang Kerajaan Negeri ada membina sekolah pendidikan agama, namun mereka (pusat pengajian Islam swasta) ini juga memainpan peranan tidak kurang pentingnya dalam meningkatkan lagi jumlah ilmuan Islam.

“Pada kebiasaannya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membantu mereka ini dua tahun sekali mengikut permohonan yang dihantar atau keperluan. Pada kebiasannya bantuan yang disalurkan adalah membabitkan aspek penyelenggaraan,” katanya selepas membuat lawatan ke Pondok Pengajian Ilmu Wahyu di Merlimau Pantai, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengasas merangkap Pengetua Pondok Pusat Pengajian Ilmu Wahyu, Ustaz Noramin Said.

Mengulas lanjut, Roslan yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau pada penggal lalu berkata, usaha itu dilihat dapat mengangkat Jasin sebagai lokasi Pusat Pengajian Islam Swasta Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3001
Kongsi :
Previous post Ismail Sabri kekal calon Perdana Menteri BN – Ahmad Zahid
Next post Sebahagian intipati Bajet 2023 jadi manifesto BN – Ismail Sabri
Ubah saiz-+=