
Rakyat berebut vaksin selepas gelombang ke tiga
SERI NEGERI 23 Sept – Kepentingan vaksin mula disedari rakyat selepas negara menghadapi gelombang ketiga COVID-19 yang mencatatkan peningkatan kes setiap hari.
Exco Kesihatan negeri, Datuk Rahmad Mariman (BN-Ayer Molek) berkata, kesedaran itu meningkat berbanding ketika awal program vaksinasi kebangsaan yang menghadapi masalah apabila ramai rakyat enggan menerima vaksin.
“Tapi bila berlaku kes jangkitan mendadak (COVID-19) di gelombang ketiga, dan banyak pula rasionalnya, tiba-tiba rakyat mula berebut untuk mendapatkan vaksin.
“Rakyat mula berebut untuk dapatkan vaksin (itu) juga jadi satu masalah kepada pengurusan kita kerana masing-masing nakkan vaksin awal sedangkan kita dah menetapkan fasa-fasa pemberian supaya tidak menyebabkan perebutan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaaan lisan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka yang Ke-14 hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Amiruddin Yusof (BN- Ayer Limau) mengenai kaedah terbaharu dan kesan penggunaan vaksin dalam kalangan masyarakat bagi membantu menurunkan kes COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ZOO MELAKA GAMIT LEBIH 300,000 PENGUNJUNG TAHUN LALU
AYER KEROH 28 Januari - Zoo Melaka menerima kehadiran lebih 300,000 pengunjung sepanjang tahun lalu. Pengarah Zoo Melaka Dr. Zahidah...
PERKASA SABK, MARTABAT INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM
LENDU 28 Januari – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merekodkan sebanyak 234 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh negara dengan...
PEJABAT KETUA MENTERI ‘CARI KAWAN’ DI PADANG BOLA SEPAK
KOTA LAKSAMANA 28 Januari - Semangat kesukanan tinggi jelas berjaya dipamerkan dalam perlawanan persahabatan bola sepak membabitkan Kelab Bola Sepak...
SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ ULUL ALBAB MELAKA DINAIK TARAF KEPADA SABK
LENDU 28 Januari - Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka akan dinaik taraf kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi...
HOSPITAL MELAKA SEDIA RUMAH PENGINAPAN PERCUMA UNTUK WARIS PESAKIT
PENGKALAN BATU 28 Januari - Hospital Melaka kini dilengkapi dengan kemudahan Anjung Kasih iaitu rumah penginapan sementara secara percuma untuk...
MPAG PERKUKUH BUDAYA KERJA, BERI PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA RAKYAT
ALOR GAJAH 28 Januari - Semua warga kerja Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) diingatkan supaya terus memperkukuh budaya kerja berprestasi...
