Rakyat perlu rasional tentukan kerajaan dalam PRN- Ahmad

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

PENGKALAN BATU 17 Okt. – Rakyat perlu rasional dan berhati-hati membuat pemilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kelak, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata, susulan ‘tsunami politik’ pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) perlu dijadikan iktibar sehingga perkara itu menimbulkan ketidakstabilan politik berpanjangan dalam tempoh tiga tahun setengah ini.

AHMAD berucap di Taman Akasia, Masjid As-Sa’adah, Kampung Pengkalan Batu, Melaka. Foto: MR. Azli

Katanya, rakyat mungkin ‘keliru’ pada ketika itu kerana mahu mencuba sesuatu yang baharu sehingga mengakibatkan kesilapan pada pemilihan kerajaan.

“Saya kira rakyat kesal terhadap kesilapan mereka memilih pada PRU-14 untuk mencuba sesuatu yang baru.

“Namun, harapan saya rakyat tidak salah lagi, itu penting. Kita stabil selama 64 tahun kerana Barisan Nasional (BN) dan UMNO sentiasa memenangi majoriti besar dalam PRN dan negara.

“Jadi saya harap rakyat melihat ke belakang untuk melihat keputusan demi masa depan dan kembalikan kestabilan dengan memilih BN dan UMNO,” katanya kepada pemberita pada lawatan kerja di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustafa Musa, Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pertukaran kerajaan itu memberikan impak terhadap struktur pentadbiran negeri dan negara.

“Tukar kerajaan bukan seperti kita menukar sebuah rumah, menukar kerajaan bukan macam tukar baju hari-hari.

“Menukar kerajaan ada implikasi positif dan negatif jadi akibat salah pilih pihak yang tidak betul memerintah.

“Maka inilah yang berlaku, tidak stabil begitu lama, bukan sahaja kepada Melaka sahaja malah beberapa negeri lain,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

586
Kongsi :
Previous post Operasi sekolah di Melaka, Selangor, KL, Putrajaya ikut ketetapan fasa 4 PPN
Next post Berwaspada dengan penipuan kewangan dalam era digital
Ubah saiz-+=