Rakyat teruja menanti sambutan Hari Malaysia 2022 di Melaka

Masa Membaca:2 Minit, 14 Saat

BANDA HILIR 8 September – Sambutan Hari Malaysia peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir dinanti dengan penuh keterujaan oleh penduduk dan peniaga di negeri ini.

Berbaki hanya beberapa hari sahaja lagi, dengan sambutan secara berar-besaran yang bertemakan era 60-an itu membuatkan penduduk Melaka teruja untuk melihat bermacam ragam dan gelagat sepanjang penganjuran itu nanti.

Bagi penduduk Melaka, Muhammad Hafis Senin, 33, berkata, penganjuran sambutan itu pasti akan menjadi tumpuan ramai bukan sahaja dalam kalangan penduduk negeri bersejarah ini malah pelancong dari luar negeri.

Katanya, pemilihan Melaka sebagai negeri pertama sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini selepas Sabah dan Sarawak adalah satu penghargaan dan akan mencuri perhatian pelancong untuk datang melihat sambutan penuh gilang-gemilang itu.

“Saya jangkakan pengunjung yang hadir mungkin dalam skala yang begitu ramai kerana pelbagai program akan diadakan sebelum tiba acara kemuncak pada sebelah malam. Meskipun laluan untuk ke tapak sambutan akan mengalami kesesakan itu tidak menjadi halangan.

“Dengan penganjuran ini nanti juga ia akan membantu mempromosikan lagi Melaka dan sekaligus dapat membantu sektor pelancongan negeri ini apabila ramai pelancong yang akan hadir,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

photo1662619895
Kerja-kerja pemasangan khemah bagi persiapan sambutan Hari Malaysia yang diadakan julung kali di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka. Foto: MR. AZLI

Nada sama turut disuarakan seorang lagi rakyat Melaka, Zaiematunnisa Abu Bakar, 47, yang juga penjawat awam apabila tidak sabar menunggu tibanya 16 September.

“Selepas mendapat tahu Melaka menjadi negeri terpilih untuk sambutan Hari Malaysia pada 16 September, sudah pasti sebagai rakyat Melaka saya berbangga. Selepas dua tahun banyak aktiviti tidak dapat dilaksanakan ini masa untuk kembalikan suasana kemeriahan di negeri ini.

“Bagi saya sambutan ini secara tidak langsung dapat mengerat dan menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama bangsa dan negara malah saya turut berharap agar penganjuran program lain akan turut menjadikan Melaka sebagai destinasi p3nganjuran,” katanya.

3
Siti Julaiha Zubir

Sementara itu, peniaga makanan dan cenderahati Siti Julaiha Zubir, berkata, sebagai peniaga pastinya dia amat gembira kerana secara tidak langsung penganjuran itu akan membantu peniaga sekitar menjana p3ndapatan.

“Saya difahamkan puluhan ribu pengunjung akan datang ke acara sambutan ini sudah pasti ia akan dapat membantu kami peniaga menambah pendapatan selepas terkesan akibat pandemik COVID-19 sebelum ini.

“Selain dapat mempromosikan hasil jualan, ia secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan bersama pengunjung yang hadir kerana pada sambutan itu nanti semua lapisan masyarakat dan bangsa akan berhimpun,” katanya.

Sementara itu, tinjauan dilakukan di sekitar lokasi sambutan mendapati persiapan awal sudah mula dijalankan apabila khemah tertutup sudah mula dipasang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6461
Kongsi :
Previous post Bajet 2023: MAFI harap peruntukan ditingkatkan demi keselamatan bekalan makanan
Next post Suku kedua 2022: Kelahiran hidup meningkat 0.2 peratus
Ubah saiz-+=