Rakyat yakin Anwar mampu bawa perubahan

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

AYER KEROH 25 November – Kredibiliti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia sememangnya dinantikan rakyat bagi membawa perubahan dalam pentadbiran negara.

Peluang dan mandat yang diberikan kepada Anwar menerajui negara diharap dapat dilaksanakan demi merealisasikan harapan serta kepercayaan rakyat yang yakin dengan kemampuan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Menurut peniaga G Navindran, 20, berkata, sebagai generasi muda semestinya dia mengharapkan akan ada perkhabaran baik daripada Perdana Menteri baharu itu dalam membantu menjana ekonomi golongan muda.

“Pelantikan ini sudah pasti perkhabaran baik buat penduduk Malaysia kerana saya yakin beliau akan membawa satu perubahan besar dalam membangunkan negara sekaligus membawa kesenangan kepada rakyat.

“Malah diharap peluang pekerjaan juga akan lebih banyak apabila keadaan ekonomi kembali stabil serta kukuh kerana sebelum ini saya dapati ramai remaja yang tamat belajar dan mempunyai kelayakan tetapi peluang pekerjaan tidak banyak,” katanya.

WhatsApp Image 2022-11-25 at 2.44.18 PM
Lee In Lam, 65

Bagi warga emas Lee In Lam, 65, pula, pentadbiran yang bersih serta bebas rasuah daripada Anwar akan membantu pentadbiran negara yang lebih maju dan berdaya saing sekaligus memacu ekonomi yang lebih efisyen.

“Apabila dimaklumkan beliau dilantik menjadi Perdana Menteri, memang senang hati walaupun saya sudah berusia namun pelantikannya dilihat akan membawa kemajuan kepada negara malah yakin akan bebas rasuah.

“Malah dengan Kerajaan Perpaduan ini semua bangsa ada tanpa ada yang terkecuali jadi kita semua bangsa Melayu, Cina dan India akan bersama-sama. Saya juga yakin dengan pengalaman beliau akan membantu ekonomi negara,” katanya.

WhatsApp Image 2022-11-25 at 2.44.48 PM
Norita Deris, 51

Sementara itu, bagi seorang lagi rakyat Norita Deris, 51, berkata, dirinya bersikap terbuka dan menerima seiapa sahaja Perdana Menteri kerana setiap individu mempunyai kredibiliti dan personaliti tersendiri dalam mentadbir negara.

“Saya bersyukur siapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri, kerana negara memerlukan pemerintah dalam memastikan rakyat hidup aman damai serta harmoni tanpa ada sebarang pertelagahan.

“Apa yang diharapkan dengan kepimpinan beliau negara akan lebih maju dan nasib peniaga kecil seperti saya lebih banyak bantuan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1414
Kongsi :
Previous post Inflasi Malaysia turun kepada 4.0 peratus pada Oktober 2022 – DOSM
Next post GRS sertai Kerajaan Perpaduan, capai majoriti dua pertiga Parlimen – PM Anwar
Ubah saiz-+=