
Rasuah: Pengarah penguat kuasa agensi kerajaan direman tujuh hari
Perintah reman sehingga 3 Feb depan itu dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Kompleks Mahkamah Alor Setar di sini, pagi tadi.
Menurut sumber SPRM, suspek seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan di satu lokasi di Cyberjaya, Selangor kira-kira 12 tengah hari, semalam.
“Dia disyaki meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada seorang individu lain dengan menggunakan orang tengah dari Julai 2019 hingga Mac 2021 bagi membantu pihak tertentu mendapatkan tender pengurusan pembersihan awam daripada syarikat pembersihan di Kedah,” katanya di sini hari ini.
Difahamkan penahanan lelaki itu adalah lanjutan daripada penahanan 25 individu pada 10 dan 11 Jan lalu bagi membantu siasatan terhadap kes mengemukakan penyata akaun bank palsu syarikat untuk memasuki tender dalam sebuah syarikat pembersihan di wilayah utara tanah air.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
